Monumen Tugu Pahlawan Surabaya terletak di tengah-tengah Kota Surabaya.
Setelah balik dari makan malam kami balik ke BisantaBidakara Hotel. Semua ahli yang lain masuk bilik masing-masing. Hanya aku aje rasa macam tak puas nak lihat Kota Surabaya di waktu malam. Malam itu aku sewa beca dengan bayaran Rp 100,000/per malam. Maknanya aku menyewa sehingga aku puas baru lah balik ke hotel. Penarik beca telah membawa aku menyusuri Hotel Majapahit. Hotel Majapahit dikatakan hotel yang termahal di Kota Surabaya. Aku difahamkan oleh penarik beca, sewa semalam pernah mencecah Rp 10,000,000.00. Kalau orang biasa memanglah tak mampu untuk menginap di hotel berkenaan.
Selepas itu aku dibawa menyusuri MolumenTugu Pahlawan. Katanya, Tugu Pahlawan adalah jantung Kota Surabaya. Ini bererti Tugu Phlawan adalah terletak di tengah-tengah kota Surabaya. Aku sempat mengambil gambar. Gambar diambil dengan bantuan penarik beca. Selepas itu alku di bawa menyusuri pula ke Rumah Gabenor. Aku juga mengambil gambar rumah berkenaan. Maklumlah waktu malam. Selepas itu aku dibawa ke shopping kompleks. Penarik beca sedia menunggu aku sehingga selesai. Aku ke shopping di kompleks Carefour Memang besar. Kawasannya luas. Aku menghabiskan masa kira-kira 1jam 30 minit. Aku balik semula ke tempat penarik beca yang dijanjikan. Memang aku dapati penarik beca itu setia menunggu aku. Ini disebabkan wang sebanyak Rp100,000.00,belum aku bayar. Aku dah berjanji dengannya sampai dihotel semua baru aku bayar.