Saturday, 14 December 2013

Hari Pertama-Pasar Sukapura-Cemara Indah

Dari Taman Safari Indonesia II, kami terus bertolak ke Pasar Sukapura. Dalam perjalanan, kami singgah di sebuah pekan kecil. Majoriti daripada kami terus membeli sim card Indosat . Kami menggunakan no telefon Indonesia untuk berhubungantara satu sama lain. Maklum lah dalam lawatan kami, ada yang kadang-kadang tertinggal dan sukar dikesan. Kami menggunakan no seperti berikut:




Mua
 085746462568
 Naza
 085746461549
 Rosli
 085784642095
 Ain
 085746461891
 Rum
 085784640487
 Faiq
 085784637481


  Dengan no tel  yang kami beli, ini bermakna memudahkan kami berkomunikasi antara satu sama lain. Kami juga diberi no tel  pemandu pelancing iaitu Ibu Emmy seperti berikut:

081-331791616
081-515199862

Seterusnya kami terus bertolak ke Probolingo. Kami makan malam di Probolingi. Kami dinasihatkan  membawa pakaian yang secukupnya untuk ke Cemara Indah. Ini memandangkan dari Pekan Sukapura, bas kami tidak dapat mendaki. Kami terpaksa menaiki van yang disewa khas . Van ini adalah milik penduduk tempatan  Cemara Indan-Pekan Sukapura. Oleh itu kami mengemaskini dan membawa pakain ala kadar. Kami memastikan agar  ada pakain sejuk dan juga sarung tangan. Ini memandangkan suhu di Cemara Indah amat sejuk.

Kira-kira pukul 9.30 malam kami bertolak ke Pekan Sukapura. Kmi turun dari bas dan menukar  pengangkutan kepada va, yang memuatkan 15 orang termasuk pemandu. Perjalanan pada waktu malam amat mencabar sekali. Kami melalui jalan yang sempit dan ketinggian yang amat mencabar.
Kami kesejukan di dalam van. Ini disebabkan kami melalui kawasan tanah tinggi. Perjalanan dari Pekan Sukapura ke Cemara Indah mengambil masa 1 jam perjalanan. Kami melalui beberapa desa di kawasan tanah tinggi.

Akhirnya tepat pukul 11.00 malam kami sampai di tempat yang dituju. Kami sampai di sini dalam keadaan kedinginan . Suhu semakin sejuk. Kami check in di Cemara Indah Hotel.Di luar sana terdapat beberapa pengendali penyewaan bajuk sejuk. Kami ditawarkan menyewa baju sejut dengan bayaran Rp 25,000.00. Katanya jika tidak ada baju sejuk, kami akan kesejukan keesokan paginya. Mahu tak mahu, kami terpaksa menyewa baju berkenaan dengan kadar yang dipersetujui. Selamat tidur.....



No comments:

Post a Comment