Sunday, 15 December 2013

Hari Ke 2- Coban Rondo-BNS

Pukul 3 petang pada  hari kedua kami terus bertolak dari  Pasuruan ke Malang. Perjalanan mengambil masa  1 jam 30 minit . Dalam perjalanan kami melewati beberapa desa yang indah. Kebanyakan  penduduk desa  melibatkan diri dalam pertanian khususnya sawah padi dan juga tanaman kontan. Kelihatan Gunung yang tertinggi di Jawa Timor iaitu Gunung Semeru menjadikan perjalanan  lebih bermakna. Keindahan sawah padi di kanan kiri menuju ke Malang amat mengusik jiwa.


Video Coban Rondo,Pasuruan, Jawa Timor


Pukul 4.00 petang bas melewati  Kota Malang. Kota Malang merupakan kota yang kedua terbesar selepas Surabaya di Jawa Timur. Kota   Malang agak sibuk  terutama di waktu petang, Para penduduk mulai pulang ke rumah.

Dari Malang kami terpaksa meneruskan perjalanan sejauh 13 km lagi untuk sampai di Kota Batu. Kira-kira 30 mini kemudian barulah kami sampai di kota Batu.Ketika ini, hujan renyai-renyai. Kami ditunjukkan oleh Ibu Emmy bahawa hotel yang kami akan menginap telah dilewati. Seterusnmya kami menuju ke Coban Rondo.

Coban Rondo adalah nama yang diberikan untuk lokasi pelancongan  water fall (Air Terjun ). Tepat pukul 5.00 petang  kami sampai di Coban Rondo. Coban Rondo merupakan tempat rekreasi bermandi manda bagi pelancong tempatan. Kami menghabiskan di kawasan ini selama 40 minit. Cuaca ketika kehadiran kami  hujan. Ini menyebabkan pergerkan kami terbatas.


Kami sempat ke  point Water fall Coban Rondo. kelihatan air terjun  begitu tinggi sekali. Ini amat menakjubkan . Di persekitaran kawasan air terjun terdapat kemudahan menjual makan ringan seperti goreng pisang, tapai goreng, tempea goreng, tahu goreng dan juga kerepek epal dan kerepek nangka. Kami sempat membeli  makanan ringan untuk di makan di dalam bas.


Tepat pukul 5.40 petang kamu  keluar dari Coban Rondo dan menujuk ke BNS (Batu Night Specluetar). Perjalanan ke BNS mengambil masa  selama 40 minit. Kami sampai ke BNS pukul 6.20 patang. Ibu Emmy membeli tiket untuk membolehkan kami  ke BNS. Kami masuk dan melihat  pusat liburan di sini. Ia merupakan pusat liburan di waktu malam.  Tapi malangnya hujan agak lebat ketikan kami berada di BNS ini. Oleh itu sekali lagi pergerakan kami terbatas. Kami melihat pertunjukan lebih kurang dan 30 minit kemudaian kami menaiki bas semula. Kami terus ke Pohon Inn Hotel untuk makan malam dan juga check in.


Hari Pertama-Brosur Taman Safari II

Kami juga berkesempatan meniliti brosur yang diberi sebagai panduan para wisata. Kami dapat brosur ini melalui  kantor penerangan. Brosur ini banyak membantu kami untuk mendapatkan gambaran  yang jelas menganai Taman Safari II, Jawa Timor, Indonesia.








Hari Ke 3-New Batu Secret Zoo


Pada pagi ini juga  kami telah meninjau-nunjau kawasan persekitaran Pohon Inn. Rupa-rupanya di sebelah kiri  hotel terletaknua  New Batu Secret Zoo yant terletak  di Jalan Oro-Oro  Kota Wisata Batu, di Jawa timur.




 

Video Batu Secret Zoo, Kota Batu, Malang, Jawa Timur.



Di sinilah merupakan pusat pembelajaran satwa dan rekreasi bagi paga pengunjung. Terdapat lebih 40 wahana terbaru  seperti singa laut, animal aoaster, horor house, sponge bob water shoot, animal bumper car, new safari farm, octopus, junior farm dan batu advanture,



Oleh kerana kami telah  melawat Safari yang sebenar di Prigen -Pasuruan, Jawa Timor dan dikatakan safari yang terbesar di asia, maka kami tidak memasuki Secret Zoo di Kota Batu ini. Kami mengambil keputusan agar  ininerari yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.



Walaubagaimana pun, jika dilihat dari  atas varanda  kamar yang kami duduki,  Now Batu Secret Zoo dapat dilihat dengan jenas.Harga  tiket yang dikenakan pada waktu biasa (weekday) ialah Rp 65,000.00 manakala pada hujung minggu (weekend) ialah Rp 90,000.00 Walaubagaimana pun kami sempat mengambil gambar di kasasan pesekitaran.


Tidak ketinggalan juga kami mengambil brosur mengenai  New Batu Secret Zoo. Pukul 7.00 pagi kami naik  dan sapaaran di Cafe Pohon Inn Hotel

Hari ke-3-Museum Satwa





Video Museum Satwa Kota Wisata (Kota Batu Malang, Jawa Timor)



Pukul 6.00 pagi kami telah bangun. Setelah  semuanya siap, aku adalah seorang daripada peserta telah turun ke Lobby  Pohon Inn Hotel. Aku melihat sekitar  kawasan Pohon Inn Hotel. Rupa-rupanya  pesekitarannya adalah berkonsepkan satwa (binatang liar). Misalnya di sebelah kiri hotel terletaknua mesuem Satwa. Walau pun aku tak dapat masuk, tapi sempat mengambil gambar di pesekitaran museum  berkenaan.



Apa yang dapat aku lihat, di kiri kanan bangunan museum satwa tersebut terdapat  2 replika gajah yang sangat besar. Inimenggambarkan  situasi dimana haiwan itu perlu dilindungi. Ia termasuk satwa yang perlu dilindungi..Sebenarnya Museum Satwa ini terletak Batu yang dikenali  sebagai Jawa Timur Park 2. Di sini amat sesuai bagi pelajar yang  mempelajari pelbagai jenis  haiwan yang terdapat di Asia. Terletak di Jalan Oro-oro No. 9 (seberang BNS) Kota Wisata Batu, Jawa Timur.Dibuka mulai  pukul 10.00 pagi dan ditutuo oukul 6.00 petang.



Bagi para pengunjung yang hendak melawat, silalah patuhi jadual yang telah disediakan oleh pihak pengurusan. Aku dan rombongan ku  memanglah tak dapat masuk ke Museum berkanaan keran kami sampai  lewat malam. Kami pula kaan bertolak dari Pojon Inn pukul 9.00 pagi.

Hari Ke 2-Check in Pohon Inn Hotel






Video Pohon Inn Hotel di mana tempat kami penginap pada hari ke2.

Dari BNS Kota Batu, kami terus ke Pohon Inn. Pada  waktu kami sampai di Pohon Inn, hujan renyai-renyai. Kami tidak dapat makan di luar. Oleh itu Ibu Emmy telah membuat tempahan makan di Pohon Inn. Kami makan malam di Pohon Inn dan suasana  di dalam zoo.


Pohon Inn hotel agak berbeza dengan hotel-hotel yang kami penah menginap. Ia berkonsepkan  sebatang pokok dengan akar yang menjalar. Di dalamnya khususnya di Cafee  terdapat  2 ekor harimau  bintang(Cheetah)  yang diletakkan seperti di dalam zoo. Kami berada di cafe yang bercermin dan harimau  berada di luar. Pohon Inn terletak di Jalan Oro-oro Ombo, No 9 Kota Wisata Batu, Jawa Timur. http://www.jawatimurpark2.com merupakan url yang boleh anda lawati untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Pohon Inn.



Kami makan mengikut hidangan hotel. Kami mengambil masa kira-kira 40 minit  untuk makan malam sebelum mengambil kunci kamar (bilik) yang telah ditempah. Bilik yang kami tempat ialah 504,508,506,500, 512 dan 514. Kesemua bilik adalah twin.

Kami cuba mendapat maklumat lanjut mengenai Pohon Inn. Kadar sewa  bagi Superior (weekday) ialah Rp485,000.00/malam manakala kadar Weekend ialah Rp 990,000.00/malam. Setelah beg diangkat oleh  pekerja hotel, kami masuk kamar masing-masing. Kami amat kepenatan dan kali ini tidur lebih awal daripada sebelum  ini.
















Hari Ke 3-Check In di Bisanta Bidakara Hotel


Dari Indah Bodir kami meneruskan perjalanan ke Binsanta Bidakara Hotel. Sebelum sampai ke Hotel berkenaan, kami singga untuk makan malam di Rumah Makan Ayam Bakar Primarasa Surabaya. Kami sampai di Eumah Makan  tepat pukul 7.45 malam.  Menu istimewa pada malam ini ialah ayam madu. Yang lain-lain sama  seperti di Malaysia .Misalnya sambal dan sayur-sayuran.


Kami meneruskan  perjalanan ke Hotel. Tepat  pukul 8.00 malam kami check inn. Hotal  Bisanta Bidkara terletak di Jalan Tegalsari 77-85 Surabaya, 60262 Jawa Timur, Indonesia. Web site http://www.bisanta-bidakara.com. Anda boleh melawati irl tersebut.

Kami telaj menempat 6 kamar (bilik) Bilik double no.404 (Rosli),503(Naza),504(Shima). Bagi bilik  twin pula  ialah 506(Mar), 507(Sham) dan 508 (Mua). Kali ini bilik yang disediakan  agak selesa. Ini disebabkan kami telah meminta hotel yang bertaraf  3 bintang sahaja. Semasa check in kami dimaklumkan sarapan pafi untuk  keesokan hari  ialah pukul 7.00 pagi (8.00 pagi waktu Malaysia).

Kadar sewaan hotel
Deluxe Rp 558,000.00 / malam
Deluxe Excutive Rp 620,000.00/malam
Excutive Rp 745,000.00 /malam
Junior Suite Rp 897,000.00 / malam
Bisanta Suite Rp 1,170,000.00/malam
Extra bed Rp 230,000.00/ malam

Kami menginap kategori kamar (bilik) Deluxe. Oleh kerana kami kepenatan, selepas solat kami terus tidur. Kami dapat rehat secukup-cukupnya. Berhampiran hotel ini terdapat kem Komando  yang dikenali sebagai Komando Resor Militer 084/BJ Surabaya Selatan.

Hari ke 3 _ Tanggulangin, Sidorajo





Video Tanggulangin


Dari Rumah Makan Kota Batu, kami meneruskan perjalanan ke Tanggulangin, Sidorajo. Perjalan kami mengambil masa 1 jam 30 minit. Kami melalui semula Pakan Gempol. Kami tiba di Tanggulangin kira-kira 3.00 petang.

Keadaan cuaca di Tanggulangin ketika kami sampai adalah hujan. renyai-renyai. Sebelum kami masuk  ke tempat menjual barangan kulit, kami solat dahulu di Surau Tanggulangin. Pada masa ini,  hujan renyai-renyai. Sempat juga kami mengambil gambar di pesekitaran luar. Kami berada di sini kira-kira 2 jam. Kami masuk  gedung menual barangan kulit.

Barangan kulit adalah hasil kerja tangan  penduduk tempatan. Antara barangan yang dijual di sini ialah beg tangan(tas tangan), kasut, sandal, baju kulit, beg duit, tali pinggang dan lain-lain. Pendek kata semua barangan yang dijual di sini adalah berasaskan kulit. Harganya juga berpatutan. Kulit  yang dimaksudkan di sini ialah kulit sapi yang telah duinovasi menjadi lebih menarik.

Beg baju dijual antara Rp850,000.00-Rp 1,500,000.00. Ini mengikut kualiti yang telah ditentukan. bagi barangan kasut lelaki pula dijual antara Rp Rp 130,000.00 hingga Rp 190,000.00. Kalau dibandingkan dengan harga di Malaysia, barangan kulit ini jauh lebih murah.

Di sinilah kami menghabiskan masa yang agak lama  untuk membeli barangan berasaskan kulit. Bagi pengunjung wanita memang tidak melepaskan peluang untuk membeli belah di sini. Kebanyakannya membeli kasut dan tas tangan(beg tangan). Bagi lelaki pula kebanyakannya membeli kasut kulit, beg duit sebagai ole-ole. Tidak ketinggalan ada juga yang membeli beg baju.




Hampir 2 jam kami menghabiskan masda di sini. Kira-kira pukul 5.00 petang kami meneruskanm perjalanan ke Indah Bordir . Di sini merupakan pusat menjual barangan  pakaian  wanita. Kebanyakan kain batik, tudung, kain batik dan sebagainya. Kawasan membeli belah adalah luas. Terdapat dua lantai (tingkat) . Lantai 1 adalah barangan wanita manakala lantai 2 adalah barangan lelaki. Oleh kerana kami kepenatan maka,  kami singgah sekejap sahaja. di sini.



Hari Ke 3-Pemandian Tirta Nirwarna Singgoriti dan Brawijaya





Kami bertolak dari Ladang Apel, di Malang dan terus ke Taman Air Singgoriti menaiki bas. Pukul 10.30 pagi kami sampai di lokasi yang ditentukan. Dalam tema air ini terdapat beberapa kolam renang, taman permainan kanak-kanak dan juga kawasan permandian. Kebanyakan mereka yang datang adalah terdiri daripada  pelancong tempatan.

Semasa kunjungan kami, tidak ramai wisata yang hadir. Hanya terdapat beberapa keluarga yang sedang bermandi manda. Kami perhatikan kemudahan  kolam renang agak lama. Tempat pakir juga disedialan di kawasan ini. Berhampiran lokasi  taman permandian ini terdapat Pasar Songgoriti uang menjual keperluan harian dan juga kerepek-kerepek.

Kami berada di lokasi ini kira-kira 30 minit sebelum meneruskan perjalanan ke Brawijaya.Kami bertolak ke Brawijaya pukul 11.00 pagi. Kami difahamkan. lokasi Brawijaya ini  adalah tempat menjual ole-ole  kepada  pelancong dan juga warga tempatan. Di sinilah kami membeli ole-ole untuk dibawa ke Malaysia.










Di antara ole-ole yang dijual di sini ialah kerepek nangka, kerepek epal, kerepek rambutan, kerepek kentang  dan lain-lain. Pendek kata ole-ole yang dijual di isni adalah bertemakan kerepek. Brawijaya  tempat menjual kerepek ini besar dan bersih. Sesuai untuk menarik para pelancong. Apa yang menarik perhatian kami ialah Brawijaya menyediakan perkhidmatan pembungkusan  di dalam kotak dan boleh di bawa  sebagai bagasi di lapangan terbang. Kami berada di Brawijaya kira-kira 40 minit.

Alamat tempat menjual ole-ole ialah seperti berikut:
Brawijaya
Batu Galleria Ba-15,
Jalan Diponegoro,
74 Kota Visata Batu

Bas di pakir Brawijaya

Selepas itu kami bertolak menuju ke Surabaya Sebelum meneruskan perjalanan, kami singah makan tengahari di  Kota Batu. Makan tengahari di sini sungguh menyelerakan . Antara menu yang disediakan semasa makan tengahari ialah
  • Siakap goreng
  • Tempea
  • Siakap masak sambal
  • Sayuran 
  • Minuman Teh

Kami berada di rumah makan ini kira-kira 1 jam.