Kami bertolak dari Ladang Apel, di Malang dan terus ke Taman Air Singgoriti menaiki bas. Pukul 10.30 pagi kami sampai di lokasi yang ditentukan. Dalam tema air ini terdapat beberapa kolam renang, taman permainan kanak-kanak dan juga kawasan permandian. Kebanyakan mereka yang datang adalah terdiri daripada pelancong tempatan.
Semasa kunjungan kami, tidak ramai wisata yang hadir. Hanya terdapat beberapa keluarga yang sedang bermandi manda. Kami perhatikan kemudahan kolam renang agak lama. Tempat pakir juga disedialan di kawasan ini. Berhampiran lokasi taman permandian ini terdapat Pasar Songgoriti uang menjual keperluan harian dan juga kerepek-kerepek.
Kami berada di lokasi ini kira-kira 30 minit sebelum meneruskan perjalanan ke Brawijaya.Kami bertolak ke Brawijaya pukul 11.00 pagi. Kami difahamkan. lokasi Brawijaya ini adalah tempat menjual ole-ole kepada pelancong dan juga warga tempatan. Di sinilah kami membeli ole-ole untuk dibawa ke Malaysia.
Di antara ole-ole yang dijual di sini ialah kerepek nangka, kerepek epal, kerepek rambutan, kerepek kentang dan lain-lain. Pendek kata ole-ole yang dijual di isni adalah bertemakan kerepek. Brawijaya tempat menjual kerepek ini besar dan bersih. Sesuai untuk menarik para pelancong. Apa yang menarik perhatian kami ialah Brawijaya menyediakan perkhidmatan pembungkusan di dalam kotak dan boleh di bawa sebagai bagasi di lapangan terbang. Kami berada di Brawijaya kira-kira 40 minit.
Alamat tempat menjual ole-ole ialah seperti berikut:
Brawijaya
Batu Galleria Ba-15,
Jalan Diponegoro,
Selepas itu kami bertolak menuju ke Surabaya Sebelum meneruskan perjalanan, kami singah makan tengahari di Kota Batu. Makan tengahari di sini sungguh menyelerakan . Antara menu yang disediakan semasa makan tengahari ialah
- Siakap goreng
- Tempea
- Siakap masak sambal
- Sayuran
- Minuman Teh
Kami berada di rumah makan ini kira-kira 1 jam.
No comments:
Post a Comment