Sunday, 15 December 2013

Hari Ke 3-Check In di Bisanta Bidakara Hotel


Dari Indah Bodir kami meneruskan perjalanan ke Binsanta Bidakara Hotel. Sebelum sampai ke Hotel berkenaan, kami singga untuk makan malam di Rumah Makan Ayam Bakar Primarasa Surabaya. Kami sampai di Eumah Makan  tepat pukul 7.45 malam.  Menu istimewa pada malam ini ialah ayam madu. Yang lain-lain sama  seperti di Malaysia .Misalnya sambal dan sayur-sayuran.


Kami meneruskan  perjalanan ke Hotel. Tepat  pukul 8.00 malam kami check inn. Hotal  Bisanta Bidkara terletak di Jalan Tegalsari 77-85 Surabaya, 60262 Jawa Timur, Indonesia. Web site http://www.bisanta-bidakara.com. Anda boleh melawati irl tersebut.

Kami telaj menempat 6 kamar (bilik) Bilik double no.404 (Rosli),503(Naza),504(Shima). Bagi bilik  twin pula  ialah 506(Mar), 507(Sham) dan 508 (Mua). Kali ini bilik yang disediakan  agak selesa. Ini disebabkan kami telah meminta hotel yang bertaraf  3 bintang sahaja. Semasa check in kami dimaklumkan sarapan pafi untuk  keesokan hari  ialah pukul 7.00 pagi (8.00 pagi waktu Malaysia).

Kadar sewaan hotel
Deluxe Rp 558,000.00 / malam
Deluxe Excutive Rp 620,000.00/malam
Excutive Rp 745,000.00 /malam
Junior Suite Rp 897,000.00 / malam
Bisanta Suite Rp 1,170,000.00/malam
Extra bed Rp 230,000.00/ malam

Kami menginap kategori kamar (bilik) Deluxe. Oleh kerana kami kepenatan, selepas solat kami terus tidur. Kami dapat rehat secukup-cukupnya. Berhampiran hotel ini terdapat kem Komando  yang dikenali sebagai Komando Resor Militer 084/BJ Surabaya Selatan.

No comments:

Post a Comment