Saturday, 14 December 2013

Hari Ke 3-Ladang Epal



Kami bangun awal. Pukul 7.00 pagi kami sarapan pagi di  Cafe Pohon Inn Hotel. Pohon Inn adalah sebuah Hotel  4 bintang yang terletak di Kota Batu, Malang. Hotel ini terletak bersebelahan dengan Muzium binatang dan New Batu Secret Zoo.  New Batu Secret Zoo merupakan zoo buatan bagi menarik pelancong datang ke sini Tidak jaun dari  Pohon Inn terdapat BNS merupakan pusat hiburan yang terkenal di Kota Malang, di JawaTimur.

Terdapat pelnagai menu  sarapan pagi. Soto, Bak mee, nasi putih, ayam goreng,brokowali gorang. Pendek kata hotel bertaraf 4 bintang ini menyediakan  pelbagai jenis makanan untuk mereka yang  menginap di sini.Terdapat meja berpusing dan juga diserikan  dengan harimau yanh diletakkan dalam cermin dan boleh dilihat oleh  mereka yang berkunjung di sini.

Selepas sarapan pagi kami berkemas dan check out. Waktu check out pada pukul 9.00 pagi. Kami menaiki bas  dan menuju ke perkampungan Agrurayap Batu, Kecematan Bumiaji. Jarak dari Hotel ke ladang epal ini  lebih kurang 2.5 km.Kami menaiki angkutan dari Agrurayap ke Desa Tulungrajo.Pemandu angkutan kali ini ialah Pak Yuandi.


Di ladang epal ini kami disambut pemilik ladang. Kami diberi penerangan tentang ladang. Kami boleh memetik dan memakan epal mengikut kemahuan. Tapi tak boleh dibawa balik. Kami telah ditunjukkan cara memetik buah epal dengan betul. Kami dapati pokok epal ditanam bersama dengan pokok Brokowali. Tanah subur menyebabkan petani mudah untuk mengusahakan ladang epal.



Kami boleh membeli epal denagn harga Rp15,000.00/kg. Buah  epal  jenis mana lagi dikatakan buah epal yang terbaik dan manis. Warnanya hijau dan buahnya tidak terkena sinaran matahari.


Kmi sempat beramah mesra dengan para petani yang mengusahakan ladang tersebut.


















Bergambar bersama Pak Yuandi-Pak Supir









Hari Ke 2-Pasuruan


Kami bertolak dari Cemara Indah tepat pada jam 10.00 pagi. Kami menuju ke Pasar Sukapura menaiki van yang memuatkan 13 orang. Sepanjang perjalanan, kami dapat melihat pemandangan yang indah. Terdapat tanaman sayuran di kawasan tanah tinggi. Tanaman padi bertingkat jug dapat dilihat sepanjang perjalanan tersebut.

Di kiri kanan  terdapat jeram. Hanya bagi mereka yang biasa dengan pemanduan di kawasan ini sahaja yang boleh memandu di kawasan seperti ini. Keadaannya curam. Kadang-kadang menyeramkan bagi mereka yang tidak biasa dengan keadaan seperti ini. Akhirnya kami sampai di Pasar Sukapura sebuah pekan kecil yang terdapat di kawasan tanah tinggi Bromo. Pekan ini merupakan sebuah pekan transisi pengangkutan menggunakan bas dan juga pengangkutan menggunakan van. Kami menurunkan barang-barang yang dibawa dan menaiki bus yang kami  sewa .

Dari Pasar Sukapura kami terus menuju ke Pasuruan. Kami singgah di rumah makan Pasuruan. Pasuruan terletak di antara Bromo dengan Kota Batu, Malang.. Masakan kali ini adalah masakan Pasuruan. Ada kelainan berbanding makan tengahari sebelum ini. Menu makan tengahari ialah tempea, sayuran pasuruan, nasi putih, ikan talapiah masak merah dan juga pembasuh mulut. Kami solat di Rumah makan Pasuruan.

Hari Ke 2-Savana dan Pasir Berdesir



Lawatan kami masih belum temat. Dari Gunung Bromo kami terus ke lokasi yang dikenali sebagai Savana. Kami ke sini adalah di luar initerari. Initerari kami hanya sampai Gunung Bromo sahaja. Oleh kerana dah sampai ke ini, maka kami  pergi juga di dua lokasi iaitu  Savana dan Pasir Bedesir. Tambahan kos yang diperlukan untuk ke lokasi ini ialah Rp 200,000.00. Kami menaiki jip yang dipandu oleh Pak Supir tempatan.

Beliau memandu  dengan kadar yang sederhana dan menuruni  jurang serta laluan pasir. Kira-kira 15 minit perjalanan kami sampai ke tempat yang dituju.

Pemandangan di kawasan ini amat syahdu. Kehijauan dan menarik perhatian. Walau pun jam menunjukkan 9.30 pagi, tapi suhu dicatat ialah 14 darjah C. Masih sejuk. Orang Indonesia kata , masih dingin. Kami sempat merakamkan beberapa pemandangan yang cantki dan indah di persekitaran ini. Pelbagai gaya dan post yang ditunjukkan. Mednaiki kuda dan juga jip sempat kami rakamkan sebagai gambar kenang-kenangan.

Kami berada dilokasi ini kira-kira 20 minit. Setelah puas menikmati pemandangan yang cantik, kami meneruskan perjalanan ke Pasir Berdesir. Lokasi nya adalah dalam perjalanan ke Cemarah Indah. Sepanjang perjalanan, kami dalati amat menakjubkan. Cantik dan menarik. Tapi kami hanya singgah sebentar.

Kami dah kelaparan. Kami meminta Pak supir terus menghantar ke Cemara Indah. Tepat pukul 9.40 pagi kami sampai. Kami terus ke Cafe dan sarapan pagi. Menu kali ini adalah nasi goreng, mee, Tembikai. Keropok dan juga kopi. Kami menikmati sepuas-puas hati.

Perjalan kami untuk hari ini asih jauh lagi. Ibu Emmy mengingatkan kami terpaksa berkemas dan bertolak dari Cemara Indah tepat pukul 10.00 pagi. Sebelum bertolak, kami mandi dan membersihkan pakaian. Walaupun pukul 10.00 pagi, kami kesejukan. Kalau mandi guna air biasa, terasalah amat sejuknya.Setelah berkemas, kami seramai 13 orang  menunggu di ruang loby Cemara Indah untuk menaiki van  dan turun ke Pasar Sukapura.

Hari Ke 2-Gunung Bromo


Tepat pukul 8.00 pagi kami bertolak dari Penajakan 1 ke Gunung Bromo. Suhu  amat sejuk ketika  ini. Memang mengigil jika tidak memakai baju sejuk. Lebih sejuk  daripada Cameron Highland. Perjalanan menuruni lembah mengambil masa 30 minit untuk sampai ke kaki  Gunung Beomo.

3 buah jip bertolak dari Penajakan ke  kaki Gunung Bromo. Jip pertama yang dinaiki kumpulan pertama telah sampai dahulu. Kumpulan pertama  menunggu kehadiran jip 2 dan jip 3 di padang pasir laluan jip. Untuk pengetahuan anda, di kaki Gunung Bromo jalan tidak ditar. Boleh membuat laluan di mana-mana sahaja  kerana  kawasan pasir  gunung yang luas.

Sepuluh minit kemudian jip kedua bagi kumpulan kedua sampai. Kumpulan kedua dinaiki oleh Rosli, Zizah, nor. Kumpulan 1 dinaiki oleh mua, sham, mar, rum, ain. Dua jip telah menunggu di bawah. Sementara menunggu  sebuah jip lagi, kami sempat mengambil gambar danmerakam video. Gunung ini adalah asli dan keindahannya amat terserlah dan menakjubkan.

Sepuluh minit kemudian, barulah jim  ketiuga bagi kumpulan 3 sampai. Jip ini dinaiki oleh Ibu Emmy,Faiq, Naza, dan 2 anak yang kecil. Rupa-rupanya kumpulan ini lewat kerana berhenti di beberapa lokasi mengambil gambar.

Kami sempat mengambil gambar beramai-ramai dengan berlatar belakang 3 buah jip.Pendek kata ini merupakan pengalaman yang indah buat kami dari Malaysia.

Seterusnya jip yang kami naiki menuju ke poin untuk ke Gunung Bromo. Jip berhenti di sini.Maklumat yang diberi oleh Ibu Emmy, pelancong boleh berjalan kaki untuk ke Gunung Bromo.Walau bagaimana pun ada kemudaha yang disediakan iaitu dengan menyewa kuda. Kadar sewaan kuda sebanyak Rp125,000.00 pergi dan balik dari Gunung Bromo  ke point pakir jip. Ada diantara kami menaiki kuda ke Temple dengan bayaran yang dipersetujui. Sham, Ain, Faiq dan naza menaiki kuda. Sementara selebihnya menunggu di pakir jip.Bukan apa, tak larat nak jalan lagi. Di pakir jip ini juga ada jualan TShirt Bromo oleh penjual-penjual tidak diundang.

Kami yang berada di pakir menunggi  mereka yang menaiki kuda. Didahamkan  4 kumpulan kuda  hanya sampai di Temple iaitu  tempat upacara  pengangut agama Hindu  mengadakan upacara keagamaan. Hanya dua orang sahaja yang dapat sampai ke Kawah Gunung Bromo iaitu Naza dan Haziq.Pengalaman menuruni cerun bukit menggunakan kuda tidak dapat dilupakan.

Kira-kira 30 minit kemudaian Kumpulan berkuda  telah balik ke chek point. Sebuah jip telah balik dahulu ke Cemara Indah . Tak athan menunggu lama. Rpsli, mar, nor rum,zizah, dua anak kecil mendahulu  yang lain balik ke Cemara Indah.











Hari Ke 2-Penajakan 1



Kami bertolak dari Cemera Indah ke Penajakan 1 pada pukul 3.00 pagi.  3 buah jip digunakan untuk membawa  rombongan kami. Pemandu jip adalah orang tempatan . Mereka beragama Hindu.Kami dimaklumkan sewaan jip dari Cemara Indah ke Penajakan  iaklah Rp 450,000.00 untuk pergi dan balik  sejauh 28 km Perjalanan melalui Gunung Bromo dan juga  laluan pasir. Keadaan cuaca sungguh sejuk.


Mengikut pemandu kami, memang setiap pengunjung akan pergi menaiki jip. Walaubagaimana pun ada juga yang berjalan kaki. Kelihatan berbondong-bondong pengunjung  ke Penajakan. Ada yang menaiki motosikal dan tak kurang menaiki jip. Kami sampai di Penajakan pukul 4.00 pagi.Jip tidak dapat membawa kami ke puncak kerana jalan yang sesak. Jadi kami terpaksa berjalan kaki untuk sejauh  100 meter. Walaubagaimanapun, oleh kerana pendakian penajakan menggunakan tenaga, kami terpaksa  menaiki ojek (motosikal yang disewa) ke puncak dengan bayaran Rp 10,000.00. Keliahatan sungguh mencabar . Begitu ramai sekalia anak-anak muda menaiki ojek.

Kami  solah subuh di surau  di atas penajakan 1. Terlalu ramai sekali manusia membanjiri kawasan ini. Untuk pengetahuan anda, waktu subuh adalah cepat berbanding dengan Malaysia. Pukul 5.00 pagi telah masuk waktu subuh.

Apa yang kami dapat lihat, kehadiran mereka di atas puncak Penajakan ialah semata-mata untuk mengambil gambar  waktu matahari terbit. Ini memberi kepuasan kepada pengemar  foto. Rata-rata membawa kamera danberebut-rebut mengambil gambar.

Kami tidak melepaskan peluang untuk berbuat demikian. Kami mencari posisi yang dianggap strategik untuk mendapatkan gambar yang terang dan berkualiti.

Kira-kira pukul 8.00 pagi kami turun ke pakir dimana jip kami meletakkan kenderaan. Sekali lagi kami terpaksa menuruni Penajakan sejauh 100 meter. Memang ini satu pengalaman baru. Suhu di Puncak Penajakan sangat sejuk. Kata Ibu Emmy, suhu boleh mencecah 5 darjah C.




Hari Ke 2-Cemara Indah



Tepat pukul 3.00 pagi kami dikejutkan oleh pemandu pelancung Ibu ERmmy. Kami bersiap sedia memakai baju sejuk, sarung tangan sejuk dan juga penutup kepala. Suhu di Cemara Indah pada ketika ini mencecah 10 darjah C. 3 buah jip yang disewa tekah tersedia menunggu kehadiran kami. Memang merasa mengantuk lagi keranan rata-rata kalangan kami tidur pukul 12.00 malam. Cuma dapat tidur 3 jam sahaja.

Sebenarnya kami menyewa 6 kamar bagi membolehkan peserta  travel ini menginap di sini. Kami turun dan menaiki jip. Ibu Emmy mengingatkan kepada kami agar menghafal atau mencatat no jip yang kami naiki. Ini disebabkan terdapat beratus-ratus jip yang serupa  dengan warna yang pelbagai. Ini dikuatiri kami tidak dapat mencari jip yang kami tumpangi.

Perjalanan pada  waktu pagi amat mencabar sekali. Kami ingat cuma 3 jip aje. Rupa-rupanya  terdapat  ratusan jip dan jugha motosila. Senua nak mendaki Gunung Penajakan 1. Kebetulan pada waktu kami berada  di Bromo adalah hari minggu. Ramai anak-naka muda  remaja menaiki motosikal ke Penajakan.