Saturday, 14 September 2013

Kota Batu (Cagar Foto Gallery)



http://www.eastjava.com/tourism/batu/photo-gallery.html

Cagar Foto Gallery















 




Jambatan Nasional Suramadu



Jambatan Nasional Suramadu

Dari Jambatan Merah Plaza, kami kemudiannya dibawa ke Pulau Madura. Kami melalui sebuah jambatan yang dikenali sebagai Jambatan Suramadu. Jambatan ini menghubungkan antara Surabaya (Jawa Timur) dengan Pulau Madura. Jaraknya kira-kira 5.4 km yang dianggap jambatan yang terpanjang di Pulau Jawa.
Pemandangan bahagian tengah Jambatan Suramadu

Sedikit info yang dapat kami berikan mengenai jambatan ini.

Jambatan Nasional Suramadu adalah jambatan yang melintasi Selat Madura, menghubungkan Pulau Jawa (di Surabaya) dengan Pulau Madura (di Bangkalan, tepatnya timur Kamal), Indonesia.
Panjangnya 5.438 m, merupakan jambatan terpanjang di Indonesia . Jambatan Suramadu terdiri dari tiga iaitu jalan layang (causeway), jambatan penghubung (approach bridge), dan jambatan utama (main bridge).

Pemandangan Jabatan Suramadu

Kerja pembangunan tanah dirasmikan oleh Presiden Megawati Soekarnoputri pada 20 Ogos 2003 . Apabila siap dan boleh digunakan, ia dirasmikan oleh Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada 10 Jun 2009[2].
Pembangunan jambatan ini bagi mempercepat pembangunan di Pulau Madura, meliputi bidang infrastruktur dan ekonomi di Madura, yang relatif tertinggal dibandingkan kawasan lain di Jawa Timur. Kos jambatan ini adalah 4,5 triliun rupiah.
Pembinaan jambatan ini dilakukan dari tiga sisi, baik sisi Bangkalan maupun sisi Surabaya. Sementara itu, secara bersamaan juga dilakukan pembangunan bentang tengah yang terdiri dari main bridge dan approach bridge.

Perjalanan ke Madura selepas melewati Jambatan Suramadu

Kami sampai ke Pulau  Madura kira-kira pukul 1.30 tengahari. Bas  berhenti di pakir tempat kami makan tengahari. Makan tengahari ini  adalah masakan Madura. Pelbagai jenis menu dihidangkan kepada kami  untukdinikmati. Menu istimewa di Restoran ini ialah Bebek Goreng. Kami  mencuba nya. Memang rasanya enak. Menu di Madura adalah antara menu yang istimewa sepanjang perjalanan kami di Surabaya-Bromo. Kami menghabiskan masa kira-kira 1 jamdi Restoran Ole Olang.

Restoran Ole Orang menyajikan bebek goreng

Pukul 2.30 petang pula kami bertolak ke sebuah desa berhampiran dengan restoran Ole Olang Madura. Kami berhenti di masjid desa berkenaan . Kami solat di sini. Kami menghabiskan masa di sini kira-kira 40 minit.
Iklan perniagaan di Restoran Ole Olang Madura



Gerbang di pintu hadapan masjid


Sebuah masjid di desa-Pulau Madura


Jambatan Suramadu
Membawa
8 lajur
Menyeberangi
Lokasi
Penyelenggara
PT Jasa Marga (sementara)
Reka bentuk
Panjang
5,438 meter (17,841 ka)
Lebar
30 meter (98 ka)
Tinggi
146 meter (479 ka)
Rentang terpanjang
434 meter (1,424 ka)
Bilangan rentang
2 (jambatan utama)
6
(keseluruhan)
Kelegaan menegak
35 meter (115 ka)
Mula dibina
Dibuka pada
Tol
Rp. 35.000,00 (roda 4)
Rp. 3.000,00
(roda 2)[1