Friday, 23 August 2013

itinerari



ITINERARI  SURABAYA, INDONESIA (5 HARI 4 MALAM)


Hari 1: Kuala Lumpur - Surabaya - Gunung Bromo (L/D)
Berkumpul di LCCT Kuala Lumpur. Berlepas ke Juanda International Airport. Setibanya di Surabaya rombongan akan akan dibawa memasuki Bandar Surabaya dan terus di hantar ke Gunung Bromo.  Dalam perjalanan singgah di Tanggulangi – tempat pembuatan barangan kulit. Makan tengahari dan check in hotel, rehat/acara bebas. Sebelah petang di bawa bersiar-siar melihat panorama gunung, makan malam dan balik ke hotel, rehat/acara bebas. (Bermalam di Gunung Bromo)

Hari 2:Gunung Bromo -  Malang  (B/L/D)
Jam 3 pagi, mendaki Gunung Penanjakan menaiki kenderaan 4×4 untuk menyaksikan matahari terbit. Selepas itu akan dibawa untuk menyaksikan kawah gunung berapi Gunung Bromo dengan menunggang kuda. Selepas puas melihat panorama matahari terbit yang indah itu, kembali ke hotel untuk sarapan pagi. Check out dan meneruskan perjalanan ke Batu. Dalam perjalanan, singgah melawat di Kusuma Agro Wisata untuk melawat ladang buah epal dan limau. Makan tengahari dan check in hotel, rehat/acara bebas. Membeli belah di bandar Malang. Malam malam dan balik ke hotel, rehat/acara bebas.(Bermalam di Malang)


Hari 3:Malang - Surabaya   (B/L/D)
Sarapan pagi, check out hotel dan bertolak ke Bandar Surabaya. Tiba di sana memulakan lawatan ke Tretes Taman Safari – terdapat banyak haiwan liar yang hidup bebas tanpa sangkar. Antara haiwan yang terdapat di sini adalah, komodo dragon, beruang himalaya hitam, harimau putih dan sebagainya. Lawatan di teruskan ke Submarine Monumen. Selepas makan tengahari dan check in hotel, rehat/acara bebas. Membeli belah di ITC Jembatan Merah. Makan malam dan balik ke hotel, rehat/acara bebas. (Bermalam di Surabaya)


Hari 4:Surabaya (B/L/D)
Sarapan pagi, Melawat tempat-tempat menarik di Surabaya. Solat di Masjid Laksamana Cheng Ho. Membelibelah di bandaraya Surabaya.(Bermalam di Surabaya)

Hari 5: Surabaya - Kuala Lumpur (B)
Sarapan pagi, aktiviti membeli belah di Bandar Surabaya. check out hotel, makan tengahari dan solat di Masjid Laksamana Cheng Ho. Bertolak ke Airport. Berlepas ke LCCT Kuala Lumpur. Tiba di Kuala Lumpur / tamat pakej.


Pakej ini termasuk:
  1. Tiket penerbangan Airasia KUL-SUB-KUL
  2. Airport tax dan bagasi 20 kg
  3. Makan minum 12kali (sarapan pagi 4x, makan tengahari 4x dan makan malam 4x)
  4. Penginapan hotel serendah  4 bintang (2 orang sebilik)
  5. Pengangkutan sepanjang pakej
  6. Insurans perjalanan kelompok
  7. Makanan halal (muslim)
  8. Pemandu pelancong(Indonesia)

Semua peserta yang berkenaan:
Semua kos ground arregnment telah dibincangkan dengan Pak Ridy Asmed, Manager  Ridy Indonesia yang berpangkalan di Surabaya.

Jom ke Surabaya

Jom ke Surabaya