Friday, 13 December 2013

Hari Pertama-LCCT- Juanada Bandara Airport Surabaya

 Hari Pertama: 07/12/2013 (Sabtu) LCCT-KLIA-JUANDA BANDARA SURABAYA



Tepat pukul 4.30 pagi kami bertolak dari Taman Sri Indah, Balakong ke LCCT KLIA menaiki van. Perjalanan kami mengambil masa kira-kira 1 jam melalui jalan UPM-Ciberjaya dan terus ke LCCT. Check ini di Terminal Indonesia no. 37. Sebelum itu kami solat di surau LCCT.Tepat pukul 7.20 pagi ppesawat AK1392  berlepas dari LCCT-KLIA menuju ke Juanda Airpot Surabaya  Perjalanan ami mengambil masa 2 jam 30 minit. Kami tiba di Surabaya pukul 7.55 pagi waktu Indonesia. Perbezaan waktu  antara Surabaya dengan Malaysia ialah 1 jam lebih lewat.

Sesampai di Juanda Airport dan mengambil bagasi, kami telah ditunggu oleh Pak Riadi Asmed dan pemandu pelancong ibu Emmy serta Pak Supir iaitu Sugiato serta pembantunya Pak Wagiman.Pak Riadi adalah agens pelancongan yang beralamat di Sentra Point AR 01, Gunung Anyar Baru, Gunung Anyar, Surabaya, Jawa Timur. Kami menyelesaikan beberapa perkara seperti membayar baki kos yang telah dipersetujui dalam travel ini.

Pak Riadi Asmed memberi tahu kami ada perubahan tempat penginapan untuk  hari kedua iaitu dari Hotel Ubud, Malang ( 3 bintang) ke hotel Pohon Inn yang terletak di Kota Batu. Dikatakan hotel ini lebih baik daripada Ubud Hotel. Tambahan pula hotel Ubud tidak boleh  dilalui oleh bas yang digunakan oleh   pakej kumpulan kami. Kami bersetuju dengan apa yang telah direncanakan. Kami menaiki bas mini (27 penumpang) dan menuju ke destinasi yang telah dirancang dalam itinerari pada hari pertama.Di dalam bas kami telah diberi ole-oleh iaitu makan berbentuk roti, tahu yang di dalamnya ada mee. Bagi kami, ole-oleh ini adalah sesuatu yang baru. Kami dibekalkan sebagai untuk mengalas perut. Kami juga diberi air meneral botol kecil untuk menghilangkan dahaga.






































No comments:

Post a Comment