Friday, 13 December 2013

Makan Tengahari-Hari Pertama

Makan Tengahari

Bas yang membawa kami meninggalkan Lapindo pukul 11.30 pagi. Kami terus dibawa menuju ke Rumah Makan di Warong Bamboo di Gempol. Rumah makan ini kelihatan bersih dan menu yang dihidangkan juga menarik.Antara menu yang dihindangkan ialah nasi pitih, mee hoon, ayam masak merah,sayur kacang panjang. Di samping itu buah-buah sebagai pembasuh mulut seperti mangga dan tembikai juga disediakan. Oleh kerana kami kelaparan, maka segala yang dihidangkan habis dimakan. Kami makan dengan bersungguh-sungguh. Ibu Emmy pemandu pelancung kami lah yang telah membuat tempahan makan tengahari. Pendek kata menu yang dihidangkan sesuai dengan selera kami orang-orang Malaysia.


Untuk tidak menganggu itinerari yang dirancang, kami telah solat di Surau Warong Bamboo, Gempol. Untuk pengetahuan anda, surau disediakan di Jawa Timur adalah bercanpur antara lelaki dan perempuan. Bagi yang tidak biasa, mungkin  agak kekok menggunakan kemudahan  surau yang disediakan. Kami dapat beristirehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan pada hari pertama ini.


















No comments:

Post a Comment