Tepat pukul 8.00 pagi kami bertolak dari Penajakan 1 ke Gunung Bromo. Suhu amat sejuk ketika ini. Memang mengigil jika tidak memakai baju sejuk. Lebih sejuk daripada Cameron Highland. Perjalanan menuruni lembah mengambil masa 30 minit untuk sampai ke kaki Gunung Beomo.
3 buah jip bertolak dari Penajakan ke kaki Gunung Bromo. Jip pertama yang dinaiki kumpulan pertama telah sampai dahulu. Kumpulan pertama menunggu kehadiran jip 2 dan jip 3 di padang pasir laluan jip. Untuk pengetahuan anda, di kaki Gunung Bromo jalan tidak ditar. Boleh membuat laluan di mana-mana sahaja kerana kawasan pasir gunung yang luas.
Sepuluh minit kemudian jip kedua bagi kumpulan kedua sampai. Kumpulan kedua dinaiki oleh Rosli, Zizah, nor. Kumpulan 1 dinaiki oleh mua, sham, mar, rum, ain. Dua jip telah menunggu di bawah. Sementara menunggu sebuah jip lagi, kami sempat mengambil gambar danmerakam video. Gunung ini adalah asli dan keindahannya amat terserlah dan menakjubkan.
Sepuluh minit kemudian, barulah jim ketiuga bagi kumpulan 3 sampai. Jip ini dinaiki oleh Ibu Emmy,Faiq, Naza, dan 2 anak yang kecil. Rupa-rupanya kumpulan ini lewat kerana berhenti di beberapa lokasi mengambil gambar.
Kami sempat mengambil gambar beramai-ramai dengan berlatar belakang 3 buah jip.Pendek kata ini merupakan pengalaman yang indah buat kami dari Malaysia.
Seterusnya jip yang kami naiki menuju ke poin untuk ke Gunung Bromo. Jip berhenti di sini.Maklumat yang diberi oleh Ibu Emmy, pelancong boleh berjalan kaki untuk ke Gunung Bromo.Walau bagaimana pun ada kemudaha yang disediakan iaitu dengan menyewa kuda. Kadar sewaan kuda sebanyak Rp125,000.00 pergi dan balik dari Gunung Bromo ke point pakir jip. Ada diantara kami menaiki kuda ke Temple dengan bayaran yang dipersetujui. Sham, Ain, Faiq dan naza menaiki kuda. Sementara selebihnya menunggu di pakir jip.Bukan apa, tak larat nak jalan lagi. Di pakir jip ini juga ada jualan TShirt Bromo oleh penjual-penjual tidak diundang.
Kami yang berada di pakir menunggi mereka yang menaiki kuda. Didahamkan 4 kumpulan kuda hanya sampai di Temple iaitu tempat upacara pengangut agama Hindu mengadakan upacara keagamaan. Hanya dua orang sahaja yang dapat sampai ke Kawah Gunung Bromo iaitu Naza dan Haziq.Pengalaman menuruni cerun bukit menggunakan kuda tidak dapat dilupakan.
Kira-kira 30 minit kemudaian Kumpulan berkuda telah balik ke chek point. Sebuah jip telah balik dahulu ke Cemara Indah . Tak athan menunggu lama. Rpsli, mar, nor rum,zizah, dua anak kecil mendahulu yang lain balik ke Cemara Indah.
No comments:
Post a Comment