Sunday, 15 December 2013

Hari Ke 2- Coban Rondo-BNS

Pukul 3 petang pada  hari kedua kami terus bertolak dari  Pasuruan ke Malang. Perjalanan mengambil masa  1 jam 30 minit . Dalam perjalanan kami melewati beberapa desa yang indah. Kebanyakan  penduduk desa  melibatkan diri dalam pertanian khususnya sawah padi dan juga tanaman kontan. Kelihatan Gunung yang tertinggi di Jawa Timor iaitu Gunung Semeru menjadikan perjalanan  lebih bermakna. Keindahan sawah padi di kanan kiri menuju ke Malang amat mengusik jiwa.


Video Coban Rondo,Pasuruan, Jawa Timor


Pukul 4.00 petang bas melewati  Kota Malang. Kota Malang merupakan kota yang kedua terbesar selepas Surabaya di Jawa Timur. Kota   Malang agak sibuk  terutama di waktu petang, Para penduduk mulai pulang ke rumah.

Dari Malang kami terpaksa meneruskan perjalanan sejauh 13 km lagi untuk sampai di Kota Batu. Kira-kira 30 mini kemudian barulah kami sampai di kota Batu.Ketika ini, hujan renyai-renyai. Kami ditunjukkan oleh Ibu Emmy bahawa hotel yang kami akan menginap telah dilewati. Seterusnmya kami menuju ke Coban Rondo.

Coban Rondo adalah nama yang diberikan untuk lokasi pelancongan  water fall (Air Terjun ). Tepat pukul 5.00 petang  kami sampai di Coban Rondo. Coban Rondo merupakan tempat rekreasi bermandi manda bagi pelancong tempatan. Kami menghabiskan di kawasan ini selama 40 minit. Cuaca ketika kehadiran kami  hujan. Ini menyebabkan pergerkan kami terbatas.


Kami sempat ke  point Water fall Coban Rondo. kelihatan air terjun  begitu tinggi sekali. Ini amat menakjubkan . Di persekitaran kawasan air terjun terdapat kemudahan menjual makan ringan seperti goreng pisang, tapai goreng, tempea goreng, tahu goreng dan juga kerepek epal dan kerepek nangka. Kami sempat membeli  makanan ringan untuk di makan di dalam bas.


Tepat pukul 5.40 petang kamu  keluar dari Coban Rondo dan menujuk ke BNS (Batu Night Specluetar). Perjalanan ke BNS mengambil masa  selama 40 minit. Kami sampai ke BNS pukul 6.20 patang. Ibu Emmy membeli tiket untuk membolehkan kami  ke BNS. Kami masuk dan melihat  pusat liburan di sini. Ia merupakan pusat liburan di waktu malam.  Tapi malangnya hujan agak lebat ketikan kami berada di BNS ini. Oleh itu sekali lagi pergerakan kami terbatas. Kami melihat pertunjukan lebih kurang dan 30 minit kemudaian kami menaiki bas semula. Kami terus ke Pohon Inn Hotel untuk makan malam dan juga check in.


No comments:

Post a Comment