Saturday, 14 December 2013

Hari Ke 3-Ladang Epal



Kami bangun awal. Pukul 7.00 pagi kami sarapan pagi di  Cafe Pohon Inn Hotel. Pohon Inn adalah sebuah Hotel  4 bintang yang terletak di Kota Batu, Malang. Hotel ini terletak bersebelahan dengan Muzium binatang dan New Batu Secret Zoo.  New Batu Secret Zoo merupakan zoo buatan bagi menarik pelancong datang ke sini Tidak jaun dari  Pohon Inn terdapat BNS merupakan pusat hiburan yang terkenal di Kota Malang, di JawaTimur.

Terdapat pelnagai menu  sarapan pagi. Soto, Bak mee, nasi putih, ayam goreng,brokowali gorang. Pendek kata hotel bertaraf 4 bintang ini menyediakan  pelbagai jenis makanan untuk mereka yang  menginap di sini.Terdapat meja berpusing dan juga diserikan  dengan harimau yanh diletakkan dalam cermin dan boleh dilihat oleh  mereka yang berkunjung di sini.

Selepas sarapan pagi kami berkemas dan check out. Waktu check out pada pukul 9.00 pagi. Kami menaiki bas  dan menuju ke perkampungan Agrurayap Batu, Kecematan Bumiaji. Jarak dari Hotel ke ladang epal ini  lebih kurang 2.5 km.Kami menaiki angkutan dari Agrurayap ke Desa Tulungrajo.Pemandu angkutan kali ini ialah Pak Yuandi.


Di ladang epal ini kami disambut pemilik ladang. Kami diberi penerangan tentang ladang. Kami boleh memetik dan memakan epal mengikut kemahuan. Tapi tak boleh dibawa balik. Kami telah ditunjukkan cara memetik buah epal dengan betul. Kami dapati pokok epal ditanam bersama dengan pokok Brokowali. Tanah subur menyebabkan petani mudah untuk mengusahakan ladang epal.



Kami boleh membeli epal denagn harga Rp15,000.00/kg. Buah  epal  jenis mana lagi dikatakan buah epal yang terbaik dan manis. Warnanya hijau dan buahnya tidak terkena sinaran matahari.


Kmi sempat beramah mesra dengan para petani yang mengusahakan ladang tersebut.


















Bergambar bersama Pak Yuandi-Pak Supir









No comments:

Post a Comment