Monday, 16 December 2013

Hari Ke 4- Jambatan Merah Plaza



Pukul 10.00 pagi kami terus bertolak dari House of Sampoerna ke Jambatan erah  Plaza. Perjalan ke sini mengambil masa 15 minit. Tepat 10.15 pagi kami sampai di Jambatan merah Plasa. Kami diberi masa 1 jam untuk membeli belah di Jambatan Merah Plaza. Di sini terdapat 3 lantai. Lantai 1 menjual barang-barang kain, beg dll, lantai 2 menjual barang alat tulis dan juga Ramayana Plaza. Di sini ada menjual barangan keperluan harian.  Lantai ketiga pula menjual barang-barang keperluan dapur, restoran makanan halal dan juga pakaian.


Kami cuba melawat setiap lantai dengan memerhatikan  barangan yang dijual. Tida  terdapat banyak perbezaan antara Jawa Timor dengan di Malaysia.


Di bahagian bawah terdapat pameraaan menjual kereta. Kami cuba menunjau kadar harga  kenderaan di sini dengan di Malaysia. Pada keseluruhan plasa ini  kelihatan bersih. Pada masa kami berkunjung, tidak lah ramai sangat  pengunjung datang. Mungkin pada waktu ini, hari bekerja dan sekolah masih belum cuti.


Kami agak selesa bergerak di sini kerana tidak lah sesebik seperti di Panajakan pada hari k2 kami berada.







Hari Ke 4-House of Sampoerna

Pukul 7.00 pagi  kami mula bersarapan pagi di Binsanta Bidakara Hotel. Pelbagai menu sarapan  pagi disediakan yang kebanyakannya mempunyai persamaan dengan makanan di Malaysia.Menu utama pada  pagi ini ialah bubur ayam,sotom bak mee, ayam goreng nasi putih dan sebagainya. Kami dapati banyak pilihan. Buah-buah seperti tembikai, betik  dan nanas juga tersedia. Masa yang diperuntukan  pukul 7.00-10.00 pagi. Walau bagaimana pun kami  kena bersarapan pagi sebelum pukul 9.00 pagi.

Tepat pukul 9.00 pagi, kami berkumpul di Lobby Hotel. Setelah semuanya cukup, maka kami terus menaiki bas. Kami di bawa melawat ke House of Sampoerna. Ia merupakan muzium dan juga di bahagian belakang  tempat operasi membuat rokok secara manusl Kami sampai di sini pukul 9.30 pagi..Masuk sahaja di dalam Haouse of Sampoerna kami diberi taklimat petugas pada hari itu. Kemudian kami di bawa ke behagian atas bangunan. Sebelum itu kami tidak dibenarkan mengambil gambar. Kami boleh tengok tapi tak boleh nak ambil gambar.



Bila kami berada di atas, kami lihat terlalu ramai pekerja dengan berpakaian seragam baju kuning, topi kuning sementara seluar /skrit berwarna merah. Kemi melihat mereka membuat kerja mengikut agihan pengkhususan. Amat mengkagumkan kerana mereka bekerja tanpa melihat kami atau sesiapa sahaja. Sebaliknya mereka bertumpu pada tugas. Kami perhatikan, mereka bekerja macam robot. Misalnya bahagian mrmngulung dan packing, setiap pekerja diminta menyiapkan  325 batang rokok /jam. Mereka bekerja 8 jam.Ini bermakna mereka terpaksa menyiapkan 2,600 batang rokok setiap seorang. Kami diberi tahu jika mereka tidak dapat menepati sasaran, kemungkinan akan diberhentikan kerja.


Proses yang terlibat dalam kerja-kerja yang ada di House of Sampoerna seperti berikut"
  • Rolling
  • Cutting
  • Packing
  • Excise
  • Stamping
  • Cartoning

Proses ini dilakukan serentak. Ada pekerja yang hanya ditugaskan sebagai kualiti control. Semasa mereka bekerja, rupa-rupanya diperdengarkan muzik sebagai penghibur hati mereka.



Kami sempat mengambil gambar di bahagian bawah moseum House of Sampoerna. Memang amat mengkagumkan. Mereka membanting tulang semata -masa untuk mencari nafkah yang halal.














Pemandu Pelancung



Ibu Emmy (Pemandu Pelancung)
Madura
081-331791616
081-515199862



















Bapak Sugiato (Pemandu Bas)
Desa Kebonsari Batu
Kecamatan Jambangan,
Surabaya
081235430351


















Bapak Wagiman (Pembantu Bas)/Panggilan Mus
Desa Kebonsari Batu
KecamatanJambangan,
Surabaya
08563415256

















Bersama Haiwan Liar


Kami sempat ke lokasi untuk mengambil gambar (foto), Jadi kami cuba memberanikan diri dengan bergambar bersama orang hutan, singa  dan harimau. Orang utan mendapat permintaan yang tinggi untuk bergambar bersamanya. Orang Utan boleh mengayakan pelbagai  keadaan yang boleh memikat hati pengunjung Sifatnya yang manja dapat menarik perhatian  kepada sesiapa  sahaja yang berkunjung.