Friday, 13 December 2013

Hari Pertama-Taman Safari Indonesia II

Tarikh: 07/12/2013 (Sabtu)

 Bersama dengan haiwan liar di Taman Sagari Indonesia II, Jawa Timur. Taman Safari ini merupakan taman yang terbesar di Asia.




Cowboy Show  di Taman Safari Indonesia II. Cowboy Show merupakan sebuah pertunjukan yang melibatkan pelakon manusia dan binatang-binatang. Persembahan yang menarik dan dapat memikat hati pengunjung.




Drive Through Taman Safari Indonesia II, Ini merupakan sebuah perjalanan yang dilalui oleh pengunjung di Taman  Safari Indoneisa II. Haiwan liar berkeliaran di luar manakala pengunjung berada di dalam kenderaan. Pengunjung dapat melihat binatang liar  dari jarak dekat. Ini merupakan satu pengalaman yang menarik dan mempersonakan.




Tepat  pukul 2.00 petang  kami dibawa dari Warong Banboo, Gempol  ke Taman Safari Indonesia II. Taman Safari Indonesia II yang beralamat  di Prigan-Pasuruan, Jawa Timor. Perjalanan dari Gempol ke Taman Safari II ini mengambil masa kira-kira 40 minit. Sampai di pintu masuk, pemandu pelancung kami embeli tiket untuk 13 peserta. Kami masuk menaiki bas. Untuk pengetahuan anda, Taman Safari ini berkonsepkan  pengunjung berada di dalam kenderaan  manakala binatang bebas berada di luar
.


Mengikut kata  Ibu Emmy, Taman Sagari ini merupakan taman yang terbaik dan Adventure terbesar bukan sajhaja di Jawa Timur, malah terbesar di Asia. Lebih 200 spesis terdapat di taman ini seperti zebra,gajah sumatera, singa, harimau sumatera, singa, beruang, zirafah dan lain-lain lagi.. Di isni juga kami dapat menikmati kenindahan alam Gunung Arjuna dengan kicauan pelbagai burung.


Perjalanan kali ini amat menarik sekali. Ini disebabkan kami dapat melihat sendiri  binatang liar seperti singa, harimau dari jarak kurang sari 20 meter. Kalau semalam ini binatang itu dipoenjarakan, tapi kali ini pengunjung hanya dibenarkan berada dalam bas. Pelbagai peraturan di maklumkan sebelum kami masuk ke kawasan ini. Antaranya
  • Tidak dibenarkan membuka cermin kenderaan.
  • Tidak terlalu lama  berada dilokasi binatan liar  jenis karnivor (makan daging).
  • Mendahulukan binatang yang melintas di jalan yang dilalui kenderaan.
  • Pengunjung dilarang turun dari kenderaan.


Kami rasakan sungguh menarik sekali melihat binatang liar dari jarak dekat. Singa yang besar dan kelihatan garang bebraring ditepi jalan. Sekumpulan harimau mendekati kenderaan yang kami tumpangi. Harimau bintang yang berkeliaran berada di sekeliling kenderaan bas kami. Keadaan ini mengkagumkan. Amat memberi makna bagi pengunjung kerana dapat melihat dari jarak yang dekat.

Kategori binatang liar dari Amerika dan Eropah seperti Bison,Llama,Kalkum, singa, beruang coklat,harimau banggalamaned wolf terdapat di sini. Kumpulan binatan dari Asia  seperti siamang, tapir, Gnu, zebra, Gajah sumatera, unta dan lain-lain juga dapat kami lihat. Kira-kira pukul 3.00 petang kami keluar dari taman safari II.

Selepas itu kami ke tempat mengambil gambar bersama binatang liar. Bas tidak dapat  dipakir di atas. Kami terpaksa berjalan kaki ke  atas kira-kira 100 meter dari pakir bas. Di sini sekali lagi kami diberi kesempatan untuk bergambar bersama binatang liar. Misalnya boleh bergambar dengan anak harimau, ibu harimau, singa dan orang hutan. Kebanyakan kami  amat menyukai bergambar bersama orang hutan kerana banatang ini pandai bergaya dan mengikut arahan penjaganya. Lagi pun kami menganggap binatang ini tidak membahayakan kepada pengunjung. Bayaran yang dikenakan sebanyak Rp 25,000 .00 /gambar. Kami memang cuba mencuba bergmbar dengan haiwan ini.

Bagi binatang seperti harimau dan singa, permintaan bergambar bersamanya agak kurang. Ini disebabkan hanya mereka yang betul-betul berani aje boleh bergambar dengan haiwan ini. Pemerhatian kami, anak harimau yang berumur  6 bulan agak garang. Ini menyebabkan tidak semua pengunjung bherani bergambar dengan anak harimau ini. Kemi berada di persekitaran  untuk bergambar kira-kira 40 minit. Kami juga menunaikan solat di surau yang disedaikan oleh  pihak pengurusan  Safari.

Cuaca pada ketika lawatan kami  adalah hujan renyai-renyai . Ini menyebabkan pergerakan kami untuk ke lokasi seterusnya terbatas.. Walau bagaimana pun kami sempat  untuk menyaksikan pertunjukkan Temple of terror. Pertunjuknan ini amat menarik. Merupakan sebuah cerita yang dilakonkan oleh pelakon yang dilatih. Di dalamnnya menggunakan pelbagai jenis haiwan bersama menjayakan lakonan ini. Misalnya menggunakan ayam. singa. burung tikus dan juga kenderaan jip. Amat menarik dan pertunjukkan ini mengambil masa sejam. Oleh kerana keadaan hujan, kami terus turun  ke pakir dan menaiki bas. Kami tidak dapat menonton semua pertunjukan yang disediakan oleh pengurusan Safari kerana kesuntukan masa. Pukul 6.00 petang kami bertolak dari Taman Safari Indonesia II ke Probolingo. 







Makan Tengahari-Hari Pertama

Makan Tengahari

Bas yang membawa kami meninggalkan Lapindo pukul 11.30 pagi. Kami terus dibawa menuju ke Rumah Makan di Warong Bamboo di Gempol. Rumah makan ini kelihatan bersih dan menu yang dihidangkan juga menarik.Antara menu yang dihindangkan ialah nasi pitih, mee hoon, ayam masak merah,sayur kacang panjang. Di samping itu buah-buah sebagai pembasuh mulut seperti mangga dan tembikai juga disediakan. Oleh kerana kami kelaparan, maka segala yang dihidangkan habis dimakan. Kami makan dengan bersungguh-sungguh. Ibu Emmy pemandu pelancung kami lah yang telah membuat tempahan makan tengahari. Pendek kata menu yang dihidangkan sesuai dengan selera kami orang-orang Malaysia.


Untuk tidak menganggu itinerari yang dirancang, kami telah solat di Surau Warong Bamboo, Gempol. Untuk pengetahuan anda, surau disediakan di Jawa Timur adalah bercanpur antara lelaki dan perempuan. Bagi yang tidak biasa, mungkin  agak kekok menggunakan kemudahan  surau yang disediakan. Kami dapat beristirehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan pada hari pertama ini.


















Lapindo

Hari Pertama: 07/12/2013 (Sabtu)

Lawatan ke LAPINDO




Video semburan  lumpur  Lapindo, Sidoarjo, Jawa Timor. Semburan yang menakutkan dan membaca bencana yang amat buruk Terhadap  16 kecamatan. Kesannya amat besar dan menenggelankan  ratusan desa yang terdapat di dalamnya. Peristiwa ini berlaku pada  Mei 2006. Kesan dirasai oleh penduduk yang terlibat sehingga kini.


Video di atas menunjukkan seorang  mangsa  Lumpur  Panas membuat bantahan (protes) berjalan kaki ke Jakatra. Protes ini diharapkan dapat menarik perhatian pihak pemerintah mengenai isu lumpur panas Sidoarjo. Protes ini mendapat sokongan warga setempat dan juga kaum keluarganya.


Kami dibawa menuju ke lokasi pertama dalam rangka lawatan iaitu Lapindo di Sidoarjo.Sampai di sini pukul 9.30 pagi. Kami dibawa ke point untuk wisata. Kami diberi taklimat kejadian musibah  aliran lumpur panas yang pada awalnya adalah bertujuan untuk mengerudi minyak oleh sebuah syarikat. Akibatnya pada 23 Mei 2006 telah berlaku banjir lumpur panas. Keadaan ini telah mengakibatkan 16 kecamatan ditenggelami lumpur panas.

Saya telah menyewa objec (motosikal) yang dibawa oleh Pak Yundi dengan bayaran Rp25,000.00. Saya dibawa mengelilingi kawasan musibah  Lapindo. Ternyata amat luas sekali. Kesan tengelaman lumpur panas seperti padang jarak padang terkukur. Lebih 100 desa ditenggelami lumpur panas. Kesannya sehingga  2013. Ada sebahagian penduduk telah mendapat ganti rugi. Tetapi dari rungutan penduduk setempat, kebanyakan pampasan masih belum dapat dibayar lagi. Mereka masih merintih atas kesangsaraan kampung yang telah ditenggelami lumpur. Saya di bawa menuju ke bendera di mana bendera itu merupakan kawasan yang boleh didekati untuk melihat lumpur yang masih pamas. Saya dapati masih berlaku pengeluaran lumpur dan juga asap yang masih panas. Ia berlaku berterusan.

Kami sempat mengambil gambar  di lokasi yangdianggap menyentuh hati bila kita melihatnya. Pada pendapat kami, penduduk setempat yang terlibat dengan kejadian ini masih truma.
Objec yang membawa saya kembali semula ke point kira-kira pukul 11.00 pagi. Cuaca panas dan berbahang. Kami meninggalkan Lapindo pukul  11.30 pagi. Selamat tinggal Lapindo.



















Kilang ditenggelami lumpur panas



Hari Pertama-LCCT- Juanada Bandara Airport Surabaya

 Hari Pertama: 07/12/2013 (Sabtu) LCCT-KLIA-JUANDA BANDARA SURABAYA



Tepat pukul 4.30 pagi kami bertolak dari Taman Sri Indah, Balakong ke LCCT KLIA menaiki van. Perjalanan kami mengambil masa kira-kira 1 jam melalui jalan UPM-Ciberjaya dan terus ke LCCT. Check ini di Terminal Indonesia no. 37. Sebelum itu kami solat di surau LCCT.Tepat pukul 7.20 pagi ppesawat AK1392  berlepas dari LCCT-KLIA menuju ke Juanda Airpot Surabaya  Perjalanan ami mengambil masa 2 jam 30 minit. Kami tiba di Surabaya pukul 7.55 pagi waktu Indonesia. Perbezaan waktu  antara Surabaya dengan Malaysia ialah 1 jam lebih lewat.

Sesampai di Juanda Airport dan mengambil bagasi, kami telah ditunggu oleh Pak Riadi Asmed dan pemandu pelancong ibu Emmy serta Pak Supir iaitu Sugiato serta pembantunya Pak Wagiman.Pak Riadi adalah agens pelancongan yang beralamat di Sentra Point AR 01, Gunung Anyar Baru, Gunung Anyar, Surabaya, Jawa Timur. Kami menyelesaikan beberapa perkara seperti membayar baki kos yang telah dipersetujui dalam travel ini.

Pak Riadi Asmed memberi tahu kami ada perubahan tempat penginapan untuk  hari kedua iaitu dari Hotel Ubud, Malang ( 3 bintang) ke hotel Pohon Inn yang terletak di Kota Batu. Dikatakan hotel ini lebih baik daripada Ubud Hotel. Tambahan pula hotel Ubud tidak boleh  dilalui oleh bas yang digunakan oleh   pakej kumpulan kami. Kami bersetuju dengan apa yang telah direncanakan. Kami menaiki bas mini (27 penumpang) dan menuju ke destinasi yang telah dirancang dalam itinerari pada hari pertama.Di dalam bas kami telah diberi ole-oleh iaitu makan berbentuk roti, tahu yang di dalamnya ada mee. Bagi kami, ole-oleh ini adalah sesuatu yang baru. Kami dibekalkan sebagai untuk mengalas perut. Kami juga diberi air meneral botol kecil untuk menghilangkan dahaga.