Saturday, 14 December 2013
Hari Ke 2-Savana dan Pasir Berdesir
Lawatan kami masih belum temat. Dari Gunung Bromo kami terus ke lokasi yang dikenali sebagai Savana. Kami ke sini adalah di luar initerari. Initerari kami hanya sampai Gunung Bromo sahaja. Oleh kerana dah sampai ke ini, maka kami pergi juga di dua lokasi iaitu Savana dan Pasir Bedesir. Tambahan kos yang diperlukan untuk ke lokasi ini ialah Rp 200,000.00. Kami menaiki jip yang dipandu oleh Pak Supir tempatan.
Beliau memandu dengan kadar yang sederhana dan menuruni jurang serta laluan pasir. Kira-kira 15 minit perjalanan kami sampai ke tempat yang dituju.
Pemandangan di kawasan ini amat syahdu. Kehijauan dan menarik perhatian. Walau pun jam menunjukkan 9.30 pagi, tapi suhu dicatat ialah 14 darjah C. Masih sejuk. Orang Indonesia kata , masih dingin. Kami sempat merakamkan beberapa pemandangan yang cantki dan indah di persekitaran ini. Pelbagai gaya dan post yang ditunjukkan. Mednaiki kuda dan juga jip sempat kami rakamkan sebagai gambar kenang-kenangan.
Kami berada dilokasi ini kira-kira 20 minit. Setelah puas menikmati pemandangan yang cantik, kami meneruskan perjalanan ke Pasir Berdesir. Lokasi nya adalah dalam perjalanan ke Cemarah Indah. Sepanjang perjalanan, kami dalati amat menakjubkan. Cantik dan menarik. Tapi kami hanya singgah sebentar.
Kami dah kelaparan. Kami meminta Pak supir terus menghantar ke Cemara Indah. Tepat pukul 9.40 pagi kami sampai. Kami terus ke Cafe dan sarapan pagi. Menu kali ini adalah nasi goreng, mee, Tembikai. Keropok dan juga kopi. Kami menikmati sepuas-puas hati.
Perjalan kami untuk hari ini asih jauh lagi. Ibu Emmy mengingatkan kami terpaksa berkemas dan bertolak dari Cemara Indah tepat pukul 10.00 pagi. Sebelum bertolak, kami mandi dan membersihkan pakaian. Walaupun pukul 10.00 pagi, kami kesejukan. Kalau mandi guna air biasa, terasalah amat sejuknya.Setelah berkemas, kami seramai 13 orang menunggu di ruang loby Cemara Indah untuk menaiki van dan turun ke Pasar Sukapura.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment