Sunday, 15 December 2013

Hari Ke 2-Check in Pohon Inn Hotel






Video Pohon Inn Hotel di mana tempat kami penginap pada hari ke2.

Dari BNS Kota Batu, kami terus ke Pohon Inn. Pada  waktu kami sampai di Pohon Inn, hujan renyai-renyai. Kami tidak dapat makan di luar. Oleh itu Ibu Emmy telah membuat tempahan makan di Pohon Inn. Kami makan malam di Pohon Inn dan suasana  di dalam zoo.


Pohon Inn hotel agak berbeza dengan hotel-hotel yang kami penah menginap. Ia berkonsepkan  sebatang pokok dengan akar yang menjalar. Di dalamnya khususnya di Cafee  terdapat  2 ekor harimau  bintang(Cheetah)  yang diletakkan seperti di dalam zoo. Kami berada di cafe yang bercermin dan harimau  berada di luar. Pohon Inn terletak di Jalan Oro-oro Ombo, No 9 Kota Wisata Batu, Jawa Timur. http://www.jawatimurpark2.com merupakan url yang boleh anda lawati untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Pohon Inn.



Kami makan mengikut hidangan hotel. Kami mengambil masa kira-kira 40 minit  untuk makan malam sebelum mengambil kunci kamar (bilik) yang telah ditempah. Bilik yang kami tempat ialah 504,508,506,500, 512 dan 514. Kesemua bilik adalah twin.

Kami cuba mendapat maklumat lanjut mengenai Pohon Inn. Kadar sewa  bagi Superior (weekday) ialah Rp485,000.00/malam manakala kadar Weekend ialah Rp 990,000.00/malam. Setelah beg diangkat oleh  pekerja hotel, kami masuk kamar masing-masing. Kami amat kepenatan dan kali ini tidur lebih awal daripada sebelum  ini.
















No comments:

Post a Comment