Jambatan Nasional Suramadu
Dari Jambatan Merah Plaza, kami kemudiannya dibawa ke Pulau Madura. Kami melalui sebuah jambatan yang dikenali sebagai Jambatan Suramadu. Jambatan ini menghubungkan antara Surabaya (Jawa Timur) dengan Pulau Madura. Jaraknya kira-kira 5.4 km yang dianggap jambatan yang terpanjang di Pulau Jawa.
Dari Jambatan Merah Plaza, kami kemudiannya dibawa ke Pulau Madura. Kami melalui sebuah jambatan yang dikenali sebagai Jambatan Suramadu. Jambatan ini menghubungkan antara Surabaya (Jawa Timur) dengan Pulau Madura. Jaraknya kira-kira 5.4 km yang dianggap jambatan yang terpanjang di Pulau Jawa.
Pemandangan bahagian tengah Jambatan Suramadu |
Sedikit info yang dapat kami berikan mengenai jambatan ini.
Panjangnya 5.438 m, merupakan jambatan terpanjang di Indonesia . Jambatan Suramadu terdiri dari tiga iaitu jalan layang (causeway), jambatan penghubung (approach bridge), dan jambatan utama (main bridge).
Pemandangan Jabatan Suramadu |
Kerja pembangunan tanah dirasmikan oleh Presiden Megawati Soekarnoputri pada 20 Ogos 2003 . Apabila siap dan boleh digunakan, ia dirasmikan oleh Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada 10 Jun 2009[2].
Pembangunan jambatan ini bagi mempercepat pembangunan di Pulau Madura, meliputi bidang infrastruktur dan ekonomi di Madura, yang relatif tertinggal dibandingkan kawasan lain di Jawa Timur. Kos jambatan ini adalah 4,5 triliun rupiah.
Pembinaan jambatan ini dilakukan dari tiga sisi, baik sisi Bangkalan maupun sisi Surabaya. Sementara itu, secara bersamaan juga dilakukan pembangunan bentang tengah yang terdiri dari main bridge dan approach bridge.
Perjalanan ke Madura selepas melewati Jambatan Suramadu |
Kami sampai ke Pulau Madura kira-kira pukul 1.30 tengahari. Bas berhenti di pakir tempat kami makan tengahari. Makan tengahari ini adalah masakan Madura. Pelbagai jenis menu dihidangkan kepada kami untukdinikmati. Menu istimewa di Restoran ini ialah Bebek Goreng. Kami mencuba nya. Memang rasanya enak. Menu di Madura adalah antara menu yang istimewa sepanjang perjalanan kami di Surabaya-Bromo. Kami menghabiskan masa kira-kira 1 jamdi Restoran Ole Olang.
Restoran Ole Orang menyajikan bebek goreng |
Pukul 2.30 petang pula kami bertolak ke sebuah desa berhampiran dengan restoran Ole Olang Madura. Kami berhenti di masjid desa berkenaan . Kami solat di sini. Kami menghabiskan masa di sini kira-kira 40 minit.
Iklan perniagaan di Restoran Ole Olang Madura |
Jambatan Suramadu
|
|
Membawa
|
8 lajur
|
Menyeberangi
|
|
Lokasi
|
|
Penyelenggara
|
|
Reka bentuk
|
|
Panjang
|
5,438 meter (17,841 ka)
|
Lebar
|
30 meter (98 ka)
|
Tinggi
|
146 meter (479 ka)
|
Rentang terpanjang
|
434 meter (1,424 ka)
|
Bilangan rentang
|
2 (jambatan
utama)
6 (keseluruhan) |
Kelegaan menegak
|
35 meter (115 ka)
|
Mula dibina
|
|
Dibuka pada
|
|
Tol
|
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment