Tarikh: 07/12/2013 (Sabtu)
Cowboy Show di Taman Safari Indonesia II. Cowboy Show merupakan sebuah pertunjukan yang melibatkan pelakon manusia dan binatang-binatang. Persembahan yang menarik dan dapat memikat hati pengunjung.
Tepat pukul 2.00 petang kami dibawa dari Warong Banboo, Gempol ke Taman Safari Indonesia II. Taman Safari Indonesia II yang beralamat di Prigan-Pasuruan, Jawa Timor. Perjalanan dari Gempol ke Taman Safari II ini mengambil masa kira-kira 40 minit. Sampai di pintu masuk, pemandu pelancung kami embeli tiket untuk 13 peserta. Kami masuk menaiki bas. Untuk pengetahuan anda, Taman Safari ini berkonsepkan pengunjung berada di dalam kenderaan manakala binatang bebas berada di luar
.
Mengikut kata Ibu Emmy, Taman Sagari ini merupakan taman yang terbaik dan Adventure terbesar bukan sajhaja di Jawa Timur, malah terbesar di Asia. Lebih 200 spesis terdapat di taman ini seperti zebra,gajah sumatera, singa, harimau sumatera, singa, beruang, zirafah dan lain-lain lagi.. Di isni juga kami dapat menikmati kenindahan alam Gunung Arjuna dengan kicauan pelbagai burung.
Perjalanan kali ini amat menarik sekali. Ini disebabkan kami dapat melihat sendiri binatang liar seperti singa, harimau dari jarak kurang sari 20 meter. Kalau semalam ini binatang itu dipoenjarakan, tapi kali ini pengunjung hanya dibenarkan berada dalam bas. Pelbagai peraturan di maklumkan sebelum kami masuk ke kawasan ini. Antaranya
- Tidak dibenarkan membuka cermin kenderaan.
- Tidak terlalu lama berada dilokasi binatan liar jenis karnivor (makan daging).
- Mendahulukan binatang yang melintas di jalan yang dilalui kenderaan.
- Pengunjung dilarang turun dari kenderaan.
Kami rasakan sungguh menarik sekali melihat binatang liar dari jarak dekat. Singa yang besar dan kelihatan garang bebraring ditepi jalan. Sekumpulan harimau mendekati kenderaan yang kami tumpangi. Harimau bintang yang berkeliaran berada di sekeliling kenderaan bas kami. Keadaan ini mengkagumkan. Amat memberi makna bagi pengunjung kerana dapat melihat dari jarak yang dekat.
Kategori binatang liar dari Amerika dan Eropah seperti Bison,Llama,Kalkum, singa, beruang coklat,harimau banggalamaned wolf terdapat di sini. Kumpulan binatan dari Asia seperti siamang, tapir, Gnu, zebra, Gajah sumatera, unta dan lain-lain juga dapat kami lihat. Kira-kira pukul 3.00 petang kami keluar dari taman safari II.
Selepas itu kami ke tempat mengambil gambar bersama binatang liar. Bas tidak dapat dipakir di atas. Kami terpaksa berjalan kaki ke atas kira-kira 100 meter dari pakir bas. Di sini sekali lagi kami diberi kesempatan untuk bergambar bersama binatang liar. Misalnya boleh bergambar dengan anak harimau, ibu harimau, singa dan orang hutan. Kebanyakan kami amat menyukai bergambar bersama orang hutan kerana banatang ini pandai bergaya dan mengikut arahan penjaganya. Lagi pun kami menganggap binatang ini tidak membahayakan kepada pengunjung. Bayaran yang dikenakan sebanyak Rp 25,000 .00 /gambar. Kami memang cuba mencuba bergmbar dengan haiwan ini.
Bagi binatang seperti harimau dan singa, permintaan bergambar bersamanya agak kurang. Ini disebabkan hanya mereka yang betul-betul berani aje boleh bergambar dengan haiwan ini. Pemerhatian kami, anak harimau yang berumur 6 bulan agak garang. Ini menyebabkan tidak semua pengunjung bherani bergambar dengan anak harimau ini. Kemi berada di persekitaran untuk bergambar kira-kira 40 minit. Kami juga menunaikan solat di surau yang disedaikan oleh pihak pengurusan Safari.
Cuaca pada ketika lawatan kami adalah hujan renyai-renyai . Ini menyebabkan pergerakan kami untuk ke lokasi seterusnya terbatas.. Walau bagaimana pun kami sempat untuk menyaksikan pertunjukkan Temple of terror. Pertunjuknan ini amat menarik. Merupakan sebuah cerita yang dilakonkan oleh pelakon yang dilatih. Di dalamnnya menggunakan pelbagai jenis haiwan bersama menjayakan lakonan ini. Misalnya menggunakan ayam. singa. burung tikus dan juga kenderaan jip. Amat menarik dan pertunjukkan ini mengambil masa sejam. Oleh kerana keadaan hujan, kami terus turun ke pakir dan menaiki bas. Kami tidak dapat menonton semua pertunjukan yang disediakan oleh pengurusan Safari kerana kesuntukan masa. Pukul 6.00 petang kami bertolak dari Taman Safari Indonesia II ke Probolingo.
No comments:
Post a Comment