Sunday, 15 December 2013

Hari ke 3 _ Tanggulangin, Sidorajo





Video Tanggulangin


Dari Rumah Makan Kota Batu, kami meneruskan perjalanan ke Tanggulangin, Sidorajo. Perjalan kami mengambil masa 1 jam 30 minit. Kami melalui semula Pakan Gempol. Kami tiba di Tanggulangin kira-kira 3.00 petang.

Keadaan cuaca di Tanggulangin ketika kami sampai adalah hujan. renyai-renyai. Sebelum kami masuk  ke tempat menjual barangan kulit, kami solat dahulu di Surau Tanggulangin. Pada masa ini,  hujan renyai-renyai. Sempat juga kami mengambil gambar di pesekitaran luar. Kami berada di sini kira-kira 2 jam. Kami masuk  gedung menual barangan kulit.

Barangan kulit adalah hasil kerja tangan  penduduk tempatan. Antara barangan yang dijual di sini ialah beg tangan(tas tangan), kasut, sandal, baju kulit, beg duit, tali pinggang dan lain-lain. Pendek kata semua barangan yang dijual di sini adalah berasaskan kulit. Harganya juga berpatutan. Kulit  yang dimaksudkan di sini ialah kulit sapi yang telah duinovasi menjadi lebih menarik.

Beg baju dijual antara Rp850,000.00-Rp 1,500,000.00. Ini mengikut kualiti yang telah ditentukan. bagi barangan kasut lelaki pula dijual antara Rp Rp 130,000.00 hingga Rp 190,000.00. Kalau dibandingkan dengan harga di Malaysia, barangan kulit ini jauh lebih murah.

Di sinilah kami menghabiskan masa yang agak lama  untuk membeli barangan berasaskan kulit. Bagi pengunjung wanita memang tidak melepaskan peluang untuk membeli belah di sini. Kebanyakannya membeli kasut dan tas tangan(beg tangan). Bagi lelaki pula kebanyakannya membeli kasut kulit, beg duit sebagai ole-ole. Tidak ketinggalan ada juga yang membeli beg baju.




Hampir 2 jam kami menghabiskan masda di sini. Kira-kira pukul 5.00 petang kami meneruskanm perjalanan ke Indah Bordir . Di sini merupakan pusat menjual barangan  pakaian  wanita. Kebanyakan kain batik, tudung, kain batik dan sebagainya. Kawasan membeli belah adalah luas. Terdapat dua lantai (tingkat) . Lantai 1 adalah barangan wanita manakala lantai 2 adalah barangan lelaki. Oleh kerana kami kepenatan maka,  kami singgah sekejap sahaja. di sini.



No comments:

Post a Comment