Lawatan ke LAPINDO
Video semburan lumpur Lapindo, Sidoarjo, Jawa Timor. Semburan yang menakutkan dan membaca bencana yang amat buruk Terhadap 16 kecamatan. Kesannya amat besar dan menenggelankan ratusan desa yang terdapat di dalamnya. Peristiwa ini berlaku pada Mei 2006. Kesan dirasai oleh penduduk yang terlibat sehingga kini.
Kami dibawa menuju ke lokasi pertama dalam rangka lawatan iaitu Lapindo di Sidoarjo.Sampai di sini pukul 9.30 pagi. Kami dibawa ke point untuk wisata. Kami diberi taklimat kejadian musibah aliran lumpur panas yang pada awalnya adalah bertujuan untuk mengerudi minyak oleh sebuah syarikat. Akibatnya pada 23 Mei 2006 telah berlaku banjir lumpur panas. Keadaan ini telah mengakibatkan 16 kecamatan ditenggelami lumpur panas.
Saya telah menyewa objec (motosikal) yang dibawa oleh Pak Yundi dengan bayaran Rp25,000.00. Saya dibawa mengelilingi kawasan musibah Lapindo. Ternyata amat luas sekali. Kesan tengelaman lumpur panas seperti padang jarak padang terkukur. Lebih 100 desa ditenggelami lumpur panas. Kesannya sehingga 2013. Ada sebahagian penduduk telah mendapat ganti rugi. Tetapi dari rungutan penduduk setempat, kebanyakan pampasan masih belum dapat dibayar lagi. Mereka masih merintih atas kesangsaraan kampung yang telah ditenggelami lumpur. Saya di bawa menuju ke bendera di mana bendera itu merupakan kawasan yang boleh didekati untuk melihat lumpur yang masih pamas. Saya dapati masih berlaku pengeluaran lumpur dan juga asap yang masih panas. Ia berlaku berterusan.
Kami sempat mengambil gambar di lokasi yangdianggap menyentuh hati bila kita melihatnya. Pada pendapat kami, penduduk setempat yang terlibat dengan kejadian ini masih truma.
Objec yang membawa saya kembali semula ke point kira-kira pukul 11.00 pagi. Cuaca panas dan berbahang. Kami meninggalkan Lapindo pukul 11.30 pagi. Selamat tinggal Lapindo.
Kilang ditenggelami lumpur panas |
No comments:
Post a Comment