Tepat pukul 9.00 pagi, kami berkumpul di Lobby Hotel. Setelah semuanya cukup, maka kami terus menaiki bas. Kami di bawa melawat ke House of Sampoerna. Ia merupakan muzium dan juga di bahagian belakang tempat operasi membuat rokok secara manusl Kami sampai di sini pukul 9.30 pagi..Masuk sahaja di dalam Haouse of Sampoerna kami diberi taklimat petugas pada hari itu. Kemudian kami di bawa ke behagian atas bangunan. Sebelum itu kami tidak dibenarkan mengambil gambar. Kami boleh tengok tapi tak boleh nak ambil gambar.
Bila kami berada di atas, kami lihat terlalu ramai pekerja dengan berpakaian seragam baju kuning, topi kuning sementara seluar /skrit berwarna merah. Kemi melihat mereka membuat kerja mengikut agihan pengkhususan. Amat mengkagumkan kerana mereka bekerja tanpa melihat kami atau sesiapa sahaja. Sebaliknya mereka bertumpu pada tugas. Kami perhatikan, mereka bekerja macam robot. Misalnya bahagian mrmngulung dan packing, setiap pekerja diminta menyiapkan 325 batang rokok /jam. Mereka bekerja 8 jam.Ini bermakna mereka terpaksa menyiapkan 2,600 batang rokok setiap seorang. Kami diberi tahu jika mereka tidak dapat menepati sasaran, kemungkinan akan diberhentikan kerja.
Proses yang terlibat dalam kerja-kerja yang ada di House of Sampoerna seperti berikut"
- Rolling
- Cutting
- Packing
- Excise
- Stamping
- Cartoning
Proses ini dilakukan serentak. Ada pekerja yang hanya ditugaskan sebagai kualiti control. Semasa mereka bekerja, rupa-rupanya diperdengarkan muzik sebagai penghibur hati mereka.
Kami sempat mengambil gambar di bahagian bawah moseum House of Sampoerna. Memang amat mengkagumkan. Mereka membanting tulang semata -masa untuk mencari nafkah yang halal.
No comments:
Post a Comment