Saturday, 14 December 2013

Hari Ke 2-Penajakan 1



Kami bertolak dari Cemera Indah ke Penajakan 1 pada pukul 3.00 pagi.  3 buah jip digunakan untuk membawa  rombongan kami. Pemandu jip adalah orang tempatan . Mereka beragama Hindu.Kami dimaklumkan sewaan jip dari Cemara Indah ke Penajakan  iaklah Rp 450,000.00 untuk pergi dan balik  sejauh 28 km Perjalanan melalui Gunung Bromo dan juga  laluan pasir. Keadaan cuaca sungguh sejuk.


Mengikut pemandu kami, memang setiap pengunjung akan pergi menaiki jip. Walaubagaimana pun ada juga yang berjalan kaki. Kelihatan berbondong-bondong pengunjung  ke Penajakan. Ada yang menaiki motosikal dan tak kurang menaiki jip. Kami sampai di Penajakan pukul 4.00 pagi.Jip tidak dapat membawa kami ke puncak kerana jalan yang sesak. Jadi kami terpaksa berjalan kaki untuk sejauh  100 meter. Walaubagaimanapun, oleh kerana pendakian penajakan menggunakan tenaga, kami terpaksa  menaiki ojek (motosikal yang disewa) ke puncak dengan bayaran Rp 10,000.00. Keliahatan sungguh mencabar . Begitu ramai sekalia anak-anak muda menaiki ojek.

Kami  solah subuh di surau  di atas penajakan 1. Terlalu ramai sekali manusia membanjiri kawasan ini. Untuk pengetahuan anda, waktu subuh adalah cepat berbanding dengan Malaysia. Pukul 5.00 pagi telah masuk waktu subuh.

Apa yang kami dapat lihat, kehadiran mereka di atas puncak Penajakan ialah semata-mata untuk mengambil gambar  waktu matahari terbit. Ini memberi kepuasan kepada pengemar  foto. Rata-rata membawa kamera danberebut-rebut mengambil gambar.

Kami tidak melepaskan peluang untuk berbuat demikian. Kami mencari posisi yang dianggap strategik untuk mendapatkan gambar yang terang dan berkualiti.

Kira-kira pukul 8.00 pagi kami turun ke pakir dimana jip kami meletakkan kenderaan. Sekali lagi kami terpaksa menuruni Penajakan sejauh 100 meter. Memang ini satu pengalaman baru. Suhu di Puncak Penajakan sangat sejuk. Kata Ibu Emmy, suhu boleh mencecah 5 darjah C.




No comments:

Post a Comment