Saturday, 14 December 2013
Hari Ke 2-Pasuruan
Kami bertolak dari Cemara Indah tepat pada jam 10.00 pagi. Kami menuju ke Pasar Sukapura menaiki van yang memuatkan 13 orang. Sepanjang perjalanan, kami dapat melihat pemandangan yang indah. Terdapat tanaman sayuran di kawasan tanah tinggi. Tanaman padi bertingkat jug dapat dilihat sepanjang perjalanan tersebut.
Di kiri kanan terdapat jeram. Hanya bagi mereka yang biasa dengan pemanduan di kawasan ini sahaja yang boleh memandu di kawasan seperti ini. Keadaannya curam. Kadang-kadang menyeramkan bagi mereka yang tidak biasa dengan keadaan seperti ini. Akhirnya kami sampai di Pasar Sukapura sebuah pekan kecil yang terdapat di kawasan tanah tinggi Bromo. Pekan ini merupakan sebuah pekan transisi pengangkutan menggunakan bas dan juga pengangkutan menggunakan van. Kami menurunkan barang-barang yang dibawa dan menaiki bus yang kami sewa .
Dari Pasar Sukapura kami terus menuju ke Pasuruan. Kami singgah di rumah makan Pasuruan. Pasuruan terletak di antara Bromo dengan Kota Batu, Malang.. Masakan kali ini adalah masakan Pasuruan. Ada kelainan berbanding makan tengahari sebelum ini. Menu makan tengahari ialah tempea, sayuran pasuruan, nasi putih, ikan talapiah masak merah dan juga pembasuh mulut. Kami solat di Rumah makan Pasuruan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment