Wednesday 25 December 2013

Hari Ke 4-Monument Kapal Selam, Surabaya

 Video  Monument Kapal Selam di Surabaya

Dari Mirota (tempat menjual barangan cendrhati) kami di bawa melawat Monument Kapal Selam. Monument ini terletak di tengah-tengah Kota Surabaya.Kapal selam ini pernah beroperasi satu ketika dahulu.













Bilik komunikasi dalam kapal selam







Sunday 22 December 2013

Hari ke-4-Tugu Pahlawan








Monumen Tugu Pahlawan Surabaya terletak di tengah-tengah Kota Surabaya.

Setelah balik dari makan malam kami balik ke BisantaBidakara  Hotel. Semua ahli yang lain masuk bilik masing-masing. Hanya aku aje rasa macam tak puas nak lihat Kota Surabaya di waktu malam. Malam itu aku sewa beca dengan bayaran Rp 100,000/per malam. Maknanya aku menyewa sehingga aku puas baru lah balik ke hotel. Penarik beca telah membawa aku menyusuri Hotel Majapahit. Hotel Majapahit dikatakan hotel yang termahal di Kota Surabaya. Aku difahamkan oleh penarik beca, sewa semalam  pernah mencecah Rp 10,000,000.00. Kalau orang biasa memanglah tak mampu untuk menginap di hotel berkenaan.

Selepas itu aku dibawa menyusuri MolumenTugu Pahlawan. Katanya, Tugu Pahlawan adalah jantung Kota Surabaya. Ini bererti  Tugu Phlawan adalah terletak di tengah-tengah kota  Surabaya. Aku sempat mengambil gambar. Gambar diambil dengan bantuan penarik beca. Selepas itu alku di bawa menyusuri pula ke Rumah Gabenor. Aku juga mengambil  gambar  rumah berkenaan. Maklumlah waktu malam. Selepas itu aku dibawa ke shopping kompleks. Penarik beca sedia menunggu aku sehingga selesai. Aku ke shopping di kompleks Carefour Memang besar. Kawasannya luas. Aku menghabiskan masa kira-kira 1jam 30 minit. Aku balik semula ke tempat penarik beca yang dijanjikan. Memang aku dapati penarik beca itu setia menunggu aku. Ini disebabkan  wang sebanyak Rp100,000.00,belum aku bayar. Aku dah berjanji dengannya  sampai dihotel semua  baru aku bayar.





Saturday 21 December 2013

Hari Ke 4-Masjid Ampel, Surabaya







Video Masjid Ampel, Surabaya. Masjid ini mempunyai kisah dan sejarah yang tersendiri. Sesiapa sahaja yang berkunjung ke Surabaya, pastinya tak sah kalau tidak mengunjungi Masjid Ampel.






Makam Sunan Ampel, Surabaya





Sunan Ampel, Surabaya













Monday 16 December 2013

Hari Ke 4- Jambatan Merah Plaza



Pukul 10.00 pagi kami terus bertolak dari House of Sampoerna ke Jambatan erah  Plaza. Perjalan ke sini mengambil masa 15 minit. Tepat 10.15 pagi kami sampai di Jambatan merah Plasa. Kami diberi masa 1 jam untuk membeli belah di Jambatan Merah Plaza. Di sini terdapat 3 lantai. Lantai 1 menjual barang-barang kain, beg dll, lantai 2 menjual barang alat tulis dan juga Ramayana Plaza. Di sini ada menjual barangan keperluan harian.  Lantai ketiga pula menjual barang-barang keperluan dapur, restoran makanan halal dan juga pakaian.


Kami cuba melawat setiap lantai dengan memerhatikan  barangan yang dijual. Tida  terdapat banyak perbezaan antara Jawa Timor dengan di Malaysia.


Di bahagian bawah terdapat pameraaan menjual kereta. Kami cuba menunjau kadar harga  kenderaan di sini dengan di Malaysia. Pada keseluruhan plasa ini  kelihatan bersih. Pada masa kami berkunjung, tidak lah ramai sangat  pengunjung datang. Mungkin pada waktu ini, hari bekerja dan sekolah masih belum cuti.


Kami agak selesa bergerak di sini kerana tidak lah sesebik seperti di Panajakan pada hari k2 kami berada.







Hari Ke 4-House of Sampoerna

Pukul 7.00 pagi  kami mula bersarapan pagi di Binsanta Bidakara Hotel. Pelbagai menu sarapan  pagi disediakan yang kebanyakannya mempunyai persamaan dengan makanan di Malaysia.Menu utama pada  pagi ini ialah bubur ayam,sotom bak mee, ayam goreng nasi putih dan sebagainya. Kami dapati banyak pilihan. Buah-buah seperti tembikai, betik  dan nanas juga tersedia. Masa yang diperuntukan  pukul 7.00-10.00 pagi. Walau bagaimana pun kami  kena bersarapan pagi sebelum pukul 9.00 pagi.

Tepat pukul 9.00 pagi, kami berkumpul di Lobby Hotel. Setelah semuanya cukup, maka kami terus menaiki bas. Kami di bawa melawat ke House of Sampoerna. Ia merupakan muzium dan juga di bahagian belakang  tempat operasi membuat rokok secara manusl Kami sampai di sini pukul 9.30 pagi..Masuk sahaja di dalam Haouse of Sampoerna kami diberi taklimat petugas pada hari itu. Kemudian kami di bawa ke behagian atas bangunan. Sebelum itu kami tidak dibenarkan mengambil gambar. Kami boleh tengok tapi tak boleh nak ambil gambar.



Bila kami berada di atas, kami lihat terlalu ramai pekerja dengan berpakaian seragam baju kuning, topi kuning sementara seluar /skrit berwarna merah. Kemi melihat mereka membuat kerja mengikut agihan pengkhususan. Amat mengkagumkan kerana mereka bekerja tanpa melihat kami atau sesiapa sahaja. Sebaliknya mereka bertumpu pada tugas. Kami perhatikan, mereka bekerja macam robot. Misalnya bahagian mrmngulung dan packing, setiap pekerja diminta menyiapkan  325 batang rokok /jam. Mereka bekerja 8 jam.Ini bermakna mereka terpaksa menyiapkan 2,600 batang rokok setiap seorang. Kami diberi tahu jika mereka tidak dapat menepati sasaran, kemungkinan akan diberhentikan kerja.


Proses yang terlibat dalam kerja-kerja yang ada di House of Sampoerna seperti berikut"
  • Rolling
  • Cutting
  • Packing
  • Excise
  • Stamping
  • Cartoning

Proses ini dilakukan serentak. Ada pekerja yang hanya ditugaskan sebagai kualiti control. Semasa mereka bekerja, rupa-rupanya diperdengarkan muzik sebagai penghibur hati mereka.



Kami sempat mengambil gambar di bahagian bawah moseum House of Sampoerna. Memang amat mengkagumkan. Mereka membanting tulang semata -masa untuk mencari nafkah yang halal.














Pemandu Pelancung



Ibu Emmy (Pemandu Pelancung)
Madura
081-331791616
081-515199862



















Bapak Sugiato (Pemandu Bas)
Desa Kebonsari Batu
Kecamatan Jambangan,
Surabaya
081235430351


















Bapak Wagiman (Pembantu Bas)/Panggilan Mus
Desa Kebonsari Batu
KecamatanJambangan,
Surabaya
08563415256

















Bersama Haiwan Liar


Kami sempat ke lokasi untuk mengambil gambar (foto), Jadi kami cuba memberanikan diri dengan bergambar bersama orang hutan, singa  dan harimau. Orang utan mendapat permintaan yang tinggi untuk bergambar bersamanya. Orang Utan boleh mengayakan pelbagai  keadaan yang boleh memikat hati pengunjung Sifatnya yang manja dapat menarik perhatian  kepada sesiapa  sahaja yang berkunjung.



Sunday 15 December 2013

Hari Ke 2- Coban Rondo-BNS

Pukul 3 petang pada  hari kedua kami terus bertolak dari  Pasuruan ke Malang. Perjalanan mengambil masa  1 jam 30 minit . Dalam perjalanan kami melewati beberapa desa yang indah. Kebanyakan  penduduk desa  melibatkan diri dalam pertanian khususnya sawah padi dan juga tanaman kontan. Kelihatan Gunung yang tertinggi di Jawa Timor iaitu Gunung Semeru menjadikan perjalanan  lebih bermakna. Keindahan sawah padi di kanan kiri menuju ke Malang amat mengusik jiwa.


Video Coban Rondo,Pasuruan, Jawa Timor


Pukul 4.00 petang bas melewati  Kota Malang. Kota Malang merupakan kota yang kedua terbesar selepas Surabaya di Jawa Timur. Kota   Malang agak sibuk  terutama di waktu petang, Para penduduk mulai pulang ke rumah.

Dari Malang kami terpaksa meneruskan perjalanan sejauh 13 km lagi untuk sampai di Kota Batu. Kira-kira 30 mini kemudian barulah kami sampai di kota Batu.Ketika ini, hujan renyai-renyai. Kami ditunjukkan oleh Ibu Emmy bahawa hotel yang kami akan menginap telah dilewati. Seterusnmya kami menuju ke Coban Rondo.

Coban Rondo adalah nama yang diberikan untuk lokasi pelancongan  water fall (Air Terjun ). Tepat pukul 5.00 petang  kami sampai di Coban Rondo. Coban Rondo merupakan tempat rekreasi bermandi manda bagi pelancong tempatan. Kami menghabiskan di kawasan ini selama 40 minit. Cuaca ketika kehadiran kami  hujan. Ini menyebabkan pergerkan kami terbatas.


Kami sempat ke  point Water fall Coban Rondo. kelihatan air terjun  begitu tinggi sekali. Ini amat menakjubkan . Di persekitaran kawasan air terjun terdapat kemudahan menjual makan ringan seperti goreng pisang, tapai goreng, tempea goreng, tahu goreng dan juga kerepek epal dan kerepek nangka. Kami sempat membeli  makanan ringan untuk di makan di dalam bas.


Tepat pukul 5.40 petang kamu  keluar dari Coban Rondo dan menujuk ke BNS (Batu Night Specluetar). Perjalanan ke BNS mengambil masa  selama 40 minit. Kami sampai ke BNS pukul 6.20 patang. Ibu Emmy membeli tiket untuk membolehkan kami  ke BNS. Kami masuk dan melihat  pusat liburan di sini. Ia merupakan pusat liburan di waktu malam.  Tapi malangnya hujan agak lebat ketikan kami berada di BNS ini. Oleh itu sekali lagi pergerakan kami terbatas. Kami melihat pertunjukan lebih kurang dan 30 minit kemudaian kami menaiki bas semula. Kami terus ke Pohon Inn Hotel untuk makan malam dan juga check in.


Hari Pertama-Brosur Taman Safari II

Kami juga berkesempatan meniliti brosur yang diberi sebagai panduan para wisata. Kami dapat brosur ini melalui  kantor penerangan. Brosur ini banyak membantu kami untuk mendapatkan gambaran  yang jelas menganai Taman Safari II, Jawa Timor, Indonesia.








Hari Ke 3-New Batu Secret Zoo


Pada pagi ini juga  kami telah meninjau-nunjau kawasan persekitaran Pohon Inn. Rupa-rupanya di sebelah kiri  hotel terletaknua  New Batu Secret Zoo yant terletak  di Jalan Oro-Oro  Kota Wisata Batu, di Jawa timur.




 

Video Batu Secret Zoo, Kota Batu, Malang, Jawa Timur.



Di sinilah merupakan pusat pembelajaran satwa dan rekreasi bagi paga pengunjung. Terdapat lebih 40 wahana terbaru  seperti singa laut, animal aoaster, horor house, sponge bob water shoot, animal bumper car, new safari farm, octopus, junior farm dan batu advanture,



Oleh kerana kami telah  melawat Safari yang sebenar di Prigen -Pasuruan, Jawa Timor dan dikatakan safari yang terbesar di asia, maka kami tidak memasuki Secret Zoo di Kota Batu ini. Kami mengambil keputusan agar  ininerari yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.



Walaubagaimana pun, jika dilihat dari  atas varanda  kamar yang kami duduki,  Now Batu Secret Zoo dapat dilihat dengan jenas.Harga  tiket yang dikenakan pada waktu biasa (weekday) ialah Rp 65,000.00 manakala pada hujung minggu (weekend) ialah Rp 90,000.00 Walaubagaimana pun kami sempat mengambil gambar di kasasan pesekitaran.


Tidak ketinggalan juga kami mengambil brosur mengenai  New Batu Secret Zoo. Pukul 7.00 pagi kami naik  dan sapaaran di Cafe Pohon Inn Hotel