Video Kesan Lapindo
Friday, 27 December 2013
Thursday, 26 December 2013
Wednesday, 25 December 2013
Hari Ke 4-Monument Kapal Selam, Surabaya
Sunday, 22 December 2013
Hari ke-4-Tugu Pahlawan
Monumen Tugu Pahlawan Surabaya terletak di tengah-tengah Kota Surabaya.
Setelah balik dari makan malam kami balik ke BisantaBidakara Hotel. Semua ahli yang lain masuk bilik masing-masing. Hanya aku aje rasa macam tak puas nak lihat Kota Surabaya di waktu malam. Malam itu aku sewa beca dengan bayaran Rp 100,000/per malam. Maknanya aku menyewa sehingga aku puas baru lah balik ke hotel. Penarik beca telah membawa aku menyusuri Hotel Majapahit. Hotel Majapahit dikatakan hotel yang termahal di Kota Surabaya. Aku difahamkan oleh penarik beca, sewa semalam pernah mencecah Rp 10,000,000.00. Kalau orang biasa memanglah tak mampu untuk menginap di hotel berkenaan.
Selepas itu aku dibawa menyusuri MolumenTugu Pahlawan. Katanya, Tugu Pahlawan adalah jantung Kota Surabaya. Ini bererti Tugu Phlawan adalah terletak di tengah-tengah kota Surabaya. Aku sempat mengambil gambar. Gambar diambil dengan bantuan penarik beca. Selepas itu alku di bawa menyusuri pula ke Rumah Gabenor. Aku juga mengambil gambar rumah berkenaan. Maklumlah waktu malam. Selepas itu aku dibawa ke shopping kompleks. Penarik beca sedia menunggu aku sehingga selesai. Aku ke shopping di kompleks Carefour Memang besar. Kawasannya luas. Aku menghabiskan masa kira-kira 1jam 30 minit. Aku balik semula ke tempat penarik beca yang dijanjikan. Memang aku dapati penarik beca itu setia menunggu aku. Ini disebabkan wang sebanyak Rp100,000.00,belum aku bayar. Aku dah berjanji dengannya sampai dihotel semua baru aku bayar.
Saturday, 21 December 2013
Hari Ke 4-Masjid Ampel, Surabaya
Video Masjid Ampel, Surabaya. Masjid ini mempunyai kisah dan sejarah yang tersendiri. Sesiapa sahaja yang berkunjung ke Surabaya, pastinya tak sah kalau tidak mengunjungi Masjid Ampel.
Makam Sunan Ampel, Surabaya
Sunan Ampel, Surabaya
Monday, 16 December 2013
Hari Ke 4- Jambatan Merah Plaza
Pukul 10.00 pagi kami terus bertolak dari House of Sampoerna ke Jambatan erah Plaza. Perjalan ke sini mengambil masa 15 minit. Tepat 10.15 pagi kami sampai di Jambatan merah Plasa. Kami diberi masa 1 jam untuk membeli belah di Jambatan Merah Plaza. Di sini terdapat 3 lantai. Lantai 1 menjual barang-barang kain, beg dll, lantai 2 menjual barang alat tulis dan juga Ramayana Plaza. Di sini ada menjual barangan keperluan harian. Lantai ketiga pula menjual barang-barang keperluan dapur, restoran makanan halal dan juga pakaian.
Kami cuba melawat setiap lantai dengan memerhatikan barangan yang dijual. Tida terdapat banyak perbezaan antara Jawa Timor dengan di Malaysia.
Di bahagian bawah terdapat pameraaan menjual kereta. Kami cuba menunjau kadar harga kenderaan di sini dengan di Malaysia. Pada keseluruhan plasa ini kelihatan bersih. Pada masa kami berkunjung, tidak lah ramai sangat pengunjung datang. Mungkin pada waktu ini, hari bekerja dan sekolah masih belum cuti.
Kami agak selesa bergerak di sini kerana tidak lah sesebik seperti di Panajakan pada hari k2 kami berada.
Hari Ke 4-House of Sampoerna
Pukul 7.00 pagi kami mula bersarapan pagi di Binsanta Bidakara Hotel. Pelbagai menu sarapan pagi disediakan yang kebanyakannya mempunyai persamaan dengan makanan di Malaysia.Menu utama pada pagi ini ialah bubur ayam,sotom bak mee, ayam goreng nasi putih dan sebagainya. Kami dapati banyak pilihan. Buah-buah seperti tembikai, betik dan nanas juga tersedia. Masa yang diperuntukan pukul 7.00-10.00 pagi. Walau bagaimana pun kami kena bersarapan pagi sebelum pukul 9.00 pagi.
Tepat pukul 9.00 pagi, kami berkumpul di Lobby Hotel. Setelah semuanya cukup, maka kami terus menaiki bas. Kami di bawa melawat ke House of Sampoerna. Ia merupakan muzium dan juga di bahagian belakang tempat operasi membuat rokok secara manusl Kami sampai di sini pukul 9.30 pagi..Masuk sahaja di dalam Haouse of Sampoerna kami diberi taklimat petugas pada hari itu. Kemudian kami di bawa ke behagian atas bangunan. Sebelum itu kami tidak dibenarkan mengambil gambar. Kami boleh tengok tapi tak boleh nak ambil gambar.
Bila kami berada di atas, kami lihat terlalu ramai pekerja dengan berpakaian seragam baju kuning, topi kuning sementara seluar /skrit berwarna merah. Kemi melihat mereka membuat kerja mengikut agihan pengkhususan. Amat mengkagumkan kerana mereka bekerja tanpa melihat kami atau sesiapa sahaja. Sebaliknya mereka bertumpu pada tugas. Kami perhatikan, mereka bekerja macam robot. Misalnya bahagian mrmngulung dan packing, setiap pekerja diminta menyiapkan 325 batang rokok /jam. Mereka bekerja 8 jam.Ini bermakna mereka terpaksa menyiapkan 2,600 batang rokok setiap seorang. Kami diberi tahu jika mereka tidak dapat menepati sasaran, kemungkinan akan diberhentikan kerja.
Proses yang terlibat dalam kerja-kerja yang ada di House of Sampoerna seperti berikut"
Proses ini dilakukan serentak. Ada pekerja yang hanya ditugaskan sebagai kualiti control. Semasa mereka bekerja, rupa-rupanya diperdengarkan muzik sebagai penghibur hati mereka.
Kami sempat mengambil gambar di bahagian bawah moseum House of Sampoerna. Memang amat mengkagumkan. Mereka membanting tulang semata -masa untuk mencari nafkah yang halal.

- Rolling
- Cutting
- Packing
- Excise
- Stamping
- Cartoning
Proses ini dilakukan serentak. Ada pekerja yang hanya ditugaskan sebagai kualiti control. Semasa mereka bekerja, rupa-rupanya diperdengarkan muzik sebagai penghibur hati mereka.
Kami sempat mengambil gambar di bahagian bawah moseum House of Sampoerna. Memang amat mengkagumkan. Mereka membanting tulang semata -masa untuk mencari nafkah yang halal.
Pemandu Pelancung
Ibu Emmy (Pemandu Pelancung)
Madura
081-331791616
081-515199862
Bapak Sugiato (Pemandu Bas)
Desa Kebonsari Batu
Kecamatan Jambangan,
Surabaya
081235430351
Bapak Wagiman (Pembantu Bas)/Panggilan Mus
Desa Kebonsari Batu
KecamatanJambangan,
Surabaya
08563415256
Bersama Haiwan Liar
Kami sempat ke lokasi untuk mengambil gambar (foto), Jadi kami cuba memberanikan diri dengan bergambar bersama orang hutan, singa dan harimau. Orang utan mendapat permintaan yang tinggi untuk bergambar bersamanya. Orang Utan boleh mengayakan pelbagai keadaan yang boleh memikat hati pengunjung Sifatnya yang manja dapat menarik perhatian kepada sesiapa sahaja yang berkunjung.
Sunday, 15 December 2013
Hari Ke 2- Coban Rondo-BNS
Pukul 3 petang pada hari kedua kami terus bertolak dari Pasuruan ke Malang. Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit . Dalam perjalanan kami melewati beberapa desa yang indah. Kebanyakan penduduk desa melibatkan diri dalam pertanian khususnya sawah padi dan juga tanaman kontan. Kelihatan Gunung yang tertinggi di Jawa Timor iaitu Gunung Semeru menjadikan perjalanan lebih bermakna. Keindahan sawah padi di kanan kiri menuju ke Malang amat mengusik jiwa.
Pukul 4.00 petang bas melewati Kota Malang. Kota Malang merupakan kota yang kedua terbesar selepas Surabaya di Jawa Timur. Kota Malang agak sibuk terutama di waktu petang, Para penduduk mulai pulang ke rumah.
Dari Malang kami terpaksa meneruskan perjalanan sejauh 13 km lagi untuk sampai di Kota Batu. Kira-kira 30 mini kemudian barulah kami sampai di kota Batu.Ketika ini, hujan renyai-renyai. Kami ditunjukkan oleh Ibu Emmy bahawa hotel yang kami akan menginap telah dilewati. Seterusnmya kami menuju ke Coban Rondo.
Coban Rondo adalah nama yang diberikan untuk lokasi pelancongan water fall (Air Terjun ). Tepat pukul 5.00 petang kami sampai di Coban Rondo. Coban Rondo merupakan tempat rekreasi bermandi manda bagi pelancong tempatan. Kami menghabiskan di kawasan ini selama 40 minit. Cuaca ketika kehadiran kami hujan. Ini menyebabkan pergerkan kami terbatas.
Kami sempat ke point Water fall Coban Rondo. kelihatan air terjun begitu tinggi sekali. Ini amat menakjubkan . Di persekitaran kawasan air terjun terdapat kemudahan menjual makan ringan seperti goreng pisang, tapai goreng, tempea goreng, tahu goreng dan juga kerepek epal dan kerepek nangka. Kami sempat membeli makanan ringan untuk di makan di dalam bas.
Tepat pukul 5.40 petang kamu keluar dari Coban Rondo dan menujuk ke BNS (Batu Night Specluetar). Perjalanan ke BNS mengambil masa selama 40 minit. Kami sampai ke BNS pukul 6.20 patang. Ibu Emmy membeli tiket untuk membolehkan kami ke BNS. Kami masuk dan melihat pusat liburan di sini. Ia merupakan pusat liburan di waktu malam. Tapi malangnya hujan agak lebat ketikan kami berada di BNS ini. Oleh itu sekali lagi pergerakan kami terbatas. Kami melihat pertunjukan lebih kurang dan 30 minit kemudaian kami menaiki bas semula. Kami terus ke Pohon Inn Hotel untuk makan malam dan juga check in.
Video Coban Rondo,Pasuruan, Jawa Timor

Hari Pertama-Brosur Taman Safari II
Kami juga berkesempatan meniliti brosur yang diberi sebagai panduan para wisata. Kami dapat brosur ini melalui kantor penerangan. Brosur ini banyak membantu kami untuk mendapatkan gambaran yang jelas menganai Taman Safari II, Jawa Timor, Indonesia.
Hari Ke 3-New Batu Secret Zoo
Pada pagi ini juga kami telah meninjau-nunjau kawasan persekitaran Pohon Inn. Rupa-rupanya di sebelah kiri hotel terletaknua New Batu Secret Zoo yant terletak di Jalan Oro-Oro Kota Wisata Batu, di Jawa timur.
Video Batu Secret Zoo, Kota Batu, Malang, Jawa Timur.
Di sinilah merupakan pusat pembelajaran satwa dan rekreasi bagi paga pengunjung. Terdapat lebih 40 wahana terbaru seperti singa laut, animal aoaster, horor house, sponge bob water shoot, animal bumper car, new safari farm, octopus, junior farm dan batu advanture,
Oleh kerana kami telah melawat Safari yang sebenar di Prigen -Pasuruan, Jawa Timor dan dikatakan safari yang terbesar di asia, maka kami tidak memasuki Secret Zoo di Kota Batu ini. Kami mengambil keputusan agar ininerari yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.
Walaubagaimana pun, jika dilihat dari atas varanda kamar yang kami duduki, Now Batu Secret Zoo dapat dilihat dengan jenas.Harga tiket yang dikenakan pada waktu biasa (weekday) ialah Rp 65,000.00 manakala pada hujung minggu (weekend) ialah Rp 90,000.00 Walaubagaimana pun kami sempat mengambil gambar di kasasan pesekitaran.
Tidak ketinggalan juga kami mengambil brosur mengenai New Batu Secret Zoo. Pukul 7.00 pagi kami naik dan sapaaran di Cafe Pohon Inn Hotel
Subscribe to:
Posts (Atom)